Saturday, January 24, 2015

CARA MEMBUAT JAPANESE MILK BREAD

ASSALAMUALAIKUM :)

Hi semua! Apa khabar semuanya! Hihi…
Sejak akhir-akhir ni banyak betul perkara berlaku… bagi aku beberapa hari lepas aku ada pergi interview dekat satu kompeni ni, apply jadi pegawai tadbir dan sepatutnya jawapan tahu dalam minggu yang sama juga tetapi bukan rezeki aku. Kerana dengar cerita mereka nak orang yang ada diploma? Okay, aku ni lepasan STPM cumanya tak dapat lagi result so aku guna SPM punyalah… Alhamdulillah, tidak mengapa, aku boleh cari kerja lain…Fighting! Hehe… Jadinya aku dalam perancangan nak buat and jual roti, so aku kena pikir banyak bendalah… Aku masih lagi dalam eksperimen sendiri untuk membuat roti yang sedap, boleh dimakan dan berbaloi. So, wish me luck guys! Ha, lagi satu, abang aku hantar coklatlah! Wah….sedap u guys….nyummy..nyummy….sangat kenyang and sangat banyak… kita apa lagi, makanlah…yiha! Huhu…

Now, aku baru je (waktu senja, masa menaip entry) habis membake Roti Susu Jepun ataupun Hokkaido Milk Bread! Rasa roti ni macam roti biasa tapi sedaplah sebab homemade tu…. Aku pernah buat research pasal pembuatan roti di Jepun ni. Dengar katalah, bebudak kecik dekat sana pun dah pandai buat roti and lagi satu disiplin diorang time buat roti adalah sangat tinggi… Ini adalah daripada hasil pembacaan akulah… jadinya, aku setuju dengan pendapat ni sebab kita taulah macam mana orang Jepun nikan…sangat menepati masa, pentingkan kebersihan, sentiasa bersemangat dan seangkatan dengannya… Kita ni, pun boleh juga jadi seperti mereka malah kita boleh lebih dari itu tetapi semuanya perlulah bermula daripada diri sendiri…Tepuk dada dan Tanya selera…okay?


Time  ni tengah tunggu dia kembang, amek masa lebih kurang 3 hingga 4 jamlah...Tingginya...



Sudah siap dibakar! Nyummy!





Resepi
Sumber: Cynthia-Two Red Bowls

Untuk Tangzhong(Water Roux):
6 sb air
2 sb tepung roti (aku guna tepung gandum)
Bahan doh:
¼ cawan susu segar (aku letak satu cawan)
1 ½ sk yis
2 ¾ cawan (350 gram) tepung roti (aku guna tepung gandum)
1 sk garam
¼ whipping krim
1 sb krimer susu manis atau tepung susu (pilihan)
1 telur
2 sb mentega (aku guna marjerin)

Bahan gliss:
1 telur
Sedikit susu segar (pilihan)

*aku guna margerin sahaja untuk glis disebabkan tidak cukup bahan.
*boleh letak inti seperti nutella dan sebagainya.( Saranan aku pada yang tak berapa suka roti kosong)

Cara-Cara
1.       Panaskan periuk dengan suhu rendah, masukkan bahan tangzhong dan kacau sampai tiada ketulan tepung kelihatan dan semuanya sebati. Bila dah pekat tutup api dan alihkan pada mangkuk bersih. Biar sejuk.
2.       Kemudian, campurkan susu segar dengan yis dan kacau. Biarkan selama 5-10 minit dan tunggu sampai ia berbuih.
3.       Pada masa yang sama, ayak tepung, garam dan gula dalam mangkuk besar. Dalam mangkuk kecil yang lain, campur tangzhong, krim, susu krimer sejat (atau tepung susu) dan satu telur. Kacau sampai sebati.
4.       Masukkan sebatian yis tadi kedalam mangkuk kecil lalu masukkan ke dalam mangkuk besar. Kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh.
5.       Uli 4-5 minit sampai membentuk doh yang lembut. Doh adalah sedikit lembik, campur sikit-sikit tepung dan uli sebaiknya tetapi jangan terlebih pula masuk tepung kang keras doh.
6.       Masukkan 1 sb mentega sekali dan uli. Tambah lagi buat kali kedua mentega dan uli semula.
7.       Doh akan jadi sangat licin dan kacau bilau masa ni tapi teruskan menguli 4-5 minit sehingga ia jadi sebuah doh yang lembut dan elastik.
8.       Letakkan bekas doh di tempat yang panas dan cover doh sama ada dengan balutan plastik atau apa saja yang boleh menghalang udara masuk dalam bekas. Biarkan selama 1-2 jam. Tapi nak biar selama 24 jam pun tidak mengapa. Lagi lama kita biarkan dia kembang lagi bagus roti yang boleh dihasilkan.
9.       Lepas dah kembang, tumbuk doh tu dan bahagikan kepada tiga atau empat biji. Aku bahagikan dalam enam biji. Canai setiap biji doh nipis memanjang seperti bentuk oval. Tau tak London swiss roll? Kita nak buat macam tulah…okay ada satu tips, boleh jugak lepas canai kita letak nutella atau apa saja inti yang disukai dan bentukkan doh dengan pusing dan pusing doh. Tak letak inti pun tidak mengapa.
- -       Letak dalam Loyang, dan tutup Loyang dan biarkan kembang selama 40 minit.
--    Gliss permukaan bun yang dah kembang dengan campuran susu serta telur tadi.
- -       Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah sampai permukaan bun jadi coklat keemasan. Sejukkan dan potong bun. Boleh dinikmati segar dan panas dari oven!


No comments:

Post a Comment