Sunday, May 5, 2013

AKTIVITI HABIS JE SPM

Assalamualaikum, aku tahu dah lama-lama sangat tak update blog..haha bukan apa..malas je, lagipun kat rumah tak ada laptop... so, aku hanya boleh harapkan NOKIA XPRESS MUSIC merah cikai tu je, tapi bermakna bagiku...

SPM
Keputusan SPM ku tak begitu membanggakan tapi alhamdulillah aku bersyukur apa sahaja yang diberikan walaupun pada mulanya aku tak boleh terima kenyataan..lupakan episod duka itu..

MEMANDU
Ok, apa aku nak buat lepas melangkah dari alam persekolahan  ialah aku dah nak ambil latihan memandu kereta, excited tau nak belajar memandu ni, moga aku lulus ujian amalinya tanpa perlu membayarnya semula..amin....

PLKN
Sebelum keputusan SPM ni,aku ke PLKN, best je, korang cubalah rasa pengalaman kat sana, tahun depan keatas latihan selama 6 bulan kan? For me, it's enough for 2 and a half month, tak sanggup wa lama-lama kat sana..huhu

BALIK KAMPUNG DI PADANG, INDONESIA
Seminggu lepas keputusan SPM diumumkan, aku ,adik dan mak dengan abak pergilah melancong selama seminggu.. buatlah pasport.. dan pada tarikh 29.3.2013 sampai 6.4.2013..
Dekat sana jumpalah nenek kesayanganku :)
Nenek aku yang pakai baju biru tengah dukung sepupu aku tu, Dafa - Ni dekat air terjun tepi jalan raya.

Aku duduk dekat batu sambil menikmati tempias air terjun yang menderu jatuh kebawah...haha, ayat bukan main..



 Nampak tak permainan dia? Haha, inilah dinamakan sate dan es tebak... aku suka es ni tapi aku tak suka diorang letak tapai, geli tekak aku..haha, sate dia tak pedaslah...-Pasar(Balai) Padang Pariaman



Kiri tu Piski, kanan Puteri - Ni diorang nak pergi sekolah, lawakan baju diorang, stail tudung pun bukan main.. dekat sini pakai jilbab ikut trend lipat-lipat sampai nampak bentuk muka yang bulat.. sepupu aku ni masih di Sekolah Dasar Negeri (SDN) a.k.a sekolah rendah , aku dan adik aku rapat dengan Puteri, walaupun tiga tahun sekali berjumpa tapi tetap seia sekata serta satu kepala...
Ni dekat Danau Meninjau, tempat kelahiran Hamka, apa yang menariknya tempat ini dikelilingi dengan gunung-ganang di sekitarnya,  kau orang trylah cari aku, haha..



 Ni dekat kedai makan, Padang, Pariaman, kitorang satu hari berajalan tau..penat tapi best, kita makan tengah lewat malam dalam pukul 11 macam tu ikut jam Malaysia, tapi dekat sini sejam lewat.. Sedap betul. Lauk yang paling penting dihidangkan adalah sambal lado, makanan tradisi orang Minangkabau.. Cuba kira berapa ramai ahli keluarga yang ikut, rasa-rasanya muat tak satu Avanza? Serius, kitaorang terpaksa berhimpit dalam kenderaan tu bukan main lama... aku nak duduk pun tak selesa..apa boleh buat, diorang nak ikut, tinggal nanti, kesian pulak... pengajarannya, lain kali nak pergi melawat tempat yang best-best macam ni, jangan ajak sekampung, cukuplah keluarga kandung korang je dan juga tourist guide jangan dilupakan, nanti sesat, aku tak nak tanggung...ada erti?



Ni dekat Bukit Tinggi, tengah hari macam ni tak sejuk, tapi kalau malam-malam mesti sejuk kut...haha, tak merasa den.. Baru keluar dari pasar beli barang then singgah dekat stall jual cendol durian, sedap tau...aku suka sangat... satu mangkuk 5000 rupiah.. mak aku yang pakai tudung pink tu..hihi


Inilah Istano Basa Paga Ruyong, tempat pemerintahan dulu-dulu kut.. cek dekat google kalau nak tau tempat  ni lebih lanjut.. Gadang kan... Inilah serba sedikit gambar yang diambil, actually banyak lagi tapi tak payahlah  banyak-banyak.. Sudah cukup sudah..

PRU 13
Sekarang nih tengah hangat isu pilihan raya, adakah pucuk pimpinan negara akan berkekalan ataupun akan berubah? Sama-samalah kita menyaksikannya.

HALA TUJU DIRIKU
Okay, ini bab sensitif tapi penting. Aku akan sambung tingkatan enam untuk menebus kekecewaan dan kalau aku ditakdirkan menghabiskan sisa remajaku di f6, aku ingin biarlah diakhiri dengan penamat yang mengembirakan diri ini..
Kalau dapat upu, tak kisahlah dekat mana, aku akan pergi..
Tak kisahlah dekat mana kita  belajar sekalipun, janji kita bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dan impian, ilmu kita boleh peroleh dimana sahaja..gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.. kita ni semuanya pandai belaka, tapi cara kita nak guna kepandaian tu berbeza... Perjalanan kita masih jauh dihadapan sana, buktikan yang kita boleh menjadi lebih baik dari semalam.. buatlah semua ini demi mendapatkan keredhaan Allah SWT...
Ikhlaskan diri kerana Allah... DIAlah yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Agung... Kita hidup dekat dunia inipun kerana diizinkan olehNYA.. setiap ujian yang datang anggaplah Allah sayangkan kita dan nak tengok sejauh mana kita dapat menempuhnya... Allah yang menggerakkan tubuh badan kita... Jangan tunduk pada hawa nafsu tapi dengan iman... Apa-apapun kita akan kembali kepada Allah jua.. Jika dalam keadaan sedih, sunyi dan lain-lain mengadulah pada yang ESA..


Itu sahaja entry aku pada kali ini, padat dan bermakna buatku.. Sekian :)

No comments:

Post a Comment