Tuesday, October 27, 2015

ADVENT GEN 1.0

ASSALAMUALAIKUM :)

Apa tu? Datang dekat-dekat, i nak cerita ni...hehe.. Okay semalam aku pergi kem advent gen 1.0 under Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) dekat Ulu Yam, Selangor. Sebab kenapa aku nak pergi, sebabnya ada satu aktiviti ni yang menarik minat betul, water rafting, aku suka aktiviti yang lasak ... lagi satu aku nak pergi sebab ni under PMIUM dan aku beranggapan kem ni ada ciri-ciri islamik, Kem ni sehari je pun, tapi lenguh badan ni terasa keesokannya. Tapi-tapi best weh... Aku boleh kenal orang lain dan cuba merasai pengalaman baru. Akak-akak dan abang-abang tersangat baik, diorang tak garang, and sangat friendly, nasib takde night walk...hehehe.. Kem ni antara aktiviti dia dari pagi sampai malam ialah ice breaking, explorace, river session, water rafting dan homeless program.

Ice breaking- Tak adalah kena perkenalkan diri. Kitaorang main lawan mata dan buat aksi sama, lepastu form satu group. Actually banyak lagi kem kecil lain, tapi kitaorang dah kesuntukan masa... 

Explorace- Ni rare. Kenapa? Benda yang tak pernah buat, macam redah selut pastu lumur kat muka sampai budak budak tengok cakap ei, hantu.., akak ni kelakarlah.. pakcik pulak cakap macam komando...adoiyai...  tapi bestlah dapat buat facial muka pakai lumpur.. hehe..ini kira okay lagi...Lepastu ada game keluarkan tayar dari tiang paip, tau tak tayar pajero, yang berat gila tu disuruhnya keluar kan dari tiang tinggi 300 cm tu...bukan satu tapi dua bak ang...haha...nak  buat sorang serius cakap tak mampu tapi bila dua orang tolak baru boleh... lepastu nak turun pun kena hati-hatilah, kang tak pasal jatuh...bila dah keluarkan, kena masukkan balik... adoi... jangan cakap macam mana keadaan kat situ.. bila dah settle masuk balik, aku tersangkut dekat atas, sebab tak rasa orang support kaki aku dari bawah, perit tangan jangan cakap dui.. semua orang dah sakit badan, mata..lepastu ada orang support kaki aku, then aku turun pelan-pelan dan sampai ke bawah akhirnya... lap peluh...

River Session- Ni perkongsian oleh Bro Za'im, memang lawak gila dia punya slot dicampur sekali dengan budak lelaki yang otak lebih kurang sama...tak kering gusilah kitaorang...

Water Rafting- Yang ni kita orang naik macam boat daripada tayar lepastu pusing satu round cari anak itik. Kena kumpulkan sepuluh biji baru boleh naik atas, satu boat tu ada lebih kurang 13 orang .. Seriously, aku ingat water rafting tu macam yang kita selalu tengok dekat tv yang redah arus sungai tapi kat tempat lainlah kalau nak buat aktiviti tu..hehe

Homeless Activity- Yang ni kitaorang kena beli makanan dekat mart lepastu bungkus and bagi dekat gelandangan kat area KL, seram jugaklah walaupun kitaorang ramai tapi perasaan takut tu adalah..takut diorang buat apa-apa tindakan yang diluar jangkaan..  

At the end semuanya habis pukul 12. Pukul 12 lebih baru balik U... Tak penat...hehe... But kem ni terbaik !

Tuesday, October 20, 2015

DERMA DARAH

ASSALAMUALAIKUM :)

HI GUYS! Nak tau tak perkara yang menggembirakan aku harini? Sebab berperluang menderma darah buat kali pertama!!! Aku ni punyalah beria-ia nak derma darah time form 6 dulu, tapi kena dapatkan kebenaran ibu bapa dulu baru boleh derma darah... mak and ayah aku punyalah risau nak derma darah bagi anak dia derma....actually aku nak sangat derma time PLKN dulu..tapi tulah ... pastu sebelum ni pun kat U ada anjurkan program ni tapi first day OFF ...memang huhulah aku... Then, hari ni aku tak kira apa nak jadi-jadilah sebab aku nak derma jugak,lepas habis kelas Hong dari FBL aku bergegas ke KPS untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin. Sebab apa aku ni teruja gila nak derma darah sebab aku nak tau sangat-sangat aku ni darah jenis apa.. Dah lama aku nak tau... sebab aku ni jarang pergi hospital atau klinik kalau sakit kecuali chicken pox jelah... pastu tak pernah ambil ubat kalau demam ke apa, mak and ayah aku tak pernah biasakan diri kitaorang adik beradik pergi klinik kecualilah kalau sakit yang melibatkan nyawa... ialah takkan kau kena patuk ngan ular masih tak pergi berubat...huhu.. Tapi kalau cuba fikir balik, nurse cucuk jari kau pastu darah terpancut keluar...ishhh, seramm... buat dek jelah...Yelah takkan kau nak hempuk nurse tu... tapi kena beranilah nak derma, kalau tak bila tengok darah je ko dah pengsan, apa nak buat? Okay, lepas dah cek tekanan darah, berat, and sign borang dia ujilah ko darah apa.. Aku punyalah harap dapat darah jenis O, sebab O tu comel, hehe... lepas darah aku dicampur dengan solution tertentu, aku dapat tahu yang aku ni darah O..... ahai! Bestnya...... sape darah O kita geng, hehe.. Pastu dah settle semua benda aku pun pergilah kat tempat baring aku, nurse pasang semua bendalah kat lengan, then aku kena ramas macam paiplah kut, darah aku pun dipam..cus..cus.. cepat pulak darah aku penuh dalam plastik tu... pastu rehat kejap lagi and kitaorang diberi makan..roti... hehe... tapi bagi aku it was the best experience in my life.. korang kalau nak derma darah tu, teruskan niat tu kerana Allah, derma darah dapat bantu beribu-ribu pesakit kat luar sana... kau akan rasa kepuasan tu tau... kalau kau tanya aku, tak sakit ke? Sakit macam kena sengat tapi sekejap je time dia nak tengok ko darah apa.. 10 saat je.. pastu proses nak ambil darah tu tak ada rasa sakit langsung.. nurse pun baik... hehe...lepas ni kalau ada program derma darah lagi, aku nak join! Aku dah try derma darah for the first time, korang bila lagi?



Tuesday, October 6, 2015

My uni life

ASSALAMUALAIKUM :)

Pejam celik, pejam celik dah sebulan aku belajar di UM. Sungguh cepat masa berlalu. Aku disini menghadapi hari-hariku dengan pelbagai episod serta warna yang menyinari. Peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan menimba ilmu di sebuah u terkemuka ini membolehkanku mengenali dengan lebih dekat lagi semua karakter manusia di muka bumi. Hari-hariku penuh dengan kesibukan, melangkah kesana dan kesini dalam menjalani hidup sebagai penimba ilmu. Masa berlalu pantas sekali. Betul kata orang, alam persekolahan berbeza sekali dengan alam universiti. Disini kehidupanya bebas sekali. Jadi diri sendiri yang perlu sentiasa ingat supaya tidak tersasar jauh. Perlu pandai memilih yang baik dan buruk. Perlu tau urus masa. Perlu pandai bahagikan waktu belajar dengan aktiviti sampingan. Diri sendiri perlu kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Perlu pandai berjimat apatahlagi sebagai seorang pelajar. Cabaran ada di mana-mana sahaja. Adab perlu dijaga sentiasa. Semuanya perlukan kekuatan. Semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran. Dari mana kita nak dapatkan kekuatan? Daripada permohonan kita kepadaNya sewaktu solat. Disitulah kita akan diberi jalan serta petunjuk dari Ilahi. Daripada ayat al Quran yang kita baca, kita akan temui rahsia yang kita tidak sangka. Jika talian kita padaNya tak putus malah berterusan insyaAllah kita akan dipertemukan dengan jalan penyelesaian. Sekerap mana kita mengabdikan diri kita padaNya, sekerap itulah yang kita akan terima nikmat yang tak terhingga. Tanya pada hati apa yang kita perlu dalam hidup? Kenapa Allah masih gerakkan tubuh kita, kenapa kita masih boleh melihat, kenapa kita masih boleh berjalan, kenapa kita masih boleh mendengar, kenapa? Walaupun kita masih lagi melakukan maksiat tapi kenapa kita masih diberi nafas? Boleh saja Dia mencabut nyawa kita, namun kenapa kita boleh bergelak ketawa lagi sedangkan kita tau bahawa nyawa kita Allah yang memegangnya. Ini kerana Allah masih sayangkan kita. Allah bagi peluang untuk kita bertaubat. Kita boleh berubah jadi yang terbaik. Tetapkan niat dalam diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.