Friday, September 28, 2018

THE UNSUNG HERO

                                                        اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ

Siapa itu?
The Unsung Hero.
Mereka yang sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.
Rela berkorban nyawa.
Pantang undur.
Cekal dan setia.
Hebat betul mereka.
Tidak dikenali, tapi peranan mereka sungguh besar pada masyarakat.
will always be my Hero in my heart.
The One, who will hold my hand walks towards the DEEN. INSYAALLAH.

BROWNIES KEDUT MUDAH DAN MENJADI

اَلسَلامُ عَلَيْكُم

Salam Jumaat. Kawan, akhirnya, ALHAMDULILLAH, brownies den akhirnya menjadi.
Siapa yang macam aku try buat suatu benda kek ke, roti ke, buat then tak jadi. Tidak seperti yang diharapkan.
Huhu, aku selalu... Lagi lagilah bila buat roti. Huaaa, asyik keras, tak naik, kek pulak tak naik jugak, naik then leper balik. Macam apa jadinya.
Huhu, sedih je. Buat punyala ikut resepi pastu end up tak jadi jugak. Sama jugaklah kisahnya dengan brownies ni.
Tapi bila gagal sekali teruskan perbaiki, bukan berhenti ya!!!
Sama juga dalam hidup, jangan mengalah, teruskan berdayung sehingga ke penamatnya.
Tadaaaa......

adnybakeries

Tuesday, September 25, 2018

What is Taqwa?

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ
Today i want to share something good to you all. Taqwa is the major part of our religion and how to instill in our lives. What is Taqwa? Taqwa is not only about manners. Taqwa is not about looking Islamic. Taqwa is not about sporting a beard or wearing a Hijab, Taqwa is not about appearance but Taqwa is when you miss prayer, you feel uneasy the whole day, Taqwa is when you speak lie, you feel bad. Taqwa is the guilt that follows when you hurt someone knowingly or unknowingly. Taqwa is the shame and regret that follows a sin you committed knowing full well how it stands in the sight of Allah. Taqwa is when you cannot sleep after disobeying your parents. Taqwa is to cry in the depths of night fearing none but the one above Arasy. Taqwa is the fear that refrain us from sinning when nobody familiar is around. Taqwa is the guts and the will to please Allah, even when the whole world is hell bent on displeasing Him. Taqwa is the good manners and character we practice for the sake of Allah. Taqwa is to wear beard and Hijab for the sole reason of pleasing our Creator and to keep it on as per Sunnah. Taqwa is to stay happy and smiling knowing that this world is a prison for believers. Taqwa is the good manners and character we practice for the sake of Allah. Taqwa is the struggle to better ourselves according to Islam, with each passing day. Taqwa is not just about rising in the Deen, but about falling, rising again and character we practice for the sake of Allah. Taqwa is all about what in our HEARTS. And if our hearts are filled with proper Taqwa, then actions automatically follow. And the sweetness of these actions is so fulfilling. You are not forced to share but as Allah Subhanahu Taala says, Remind, For Reminder Benefits the Believer.

Sunday, September 23, 2018

ANAK MINANGKABAU

اَلسَّلامُ عَلَيْكُم

Hi semua, Ad nak cerita pasal pergi ke ranah Minang. Ranah Minang kesayangan awak. Ad ni keturunan asli Minangkabau, dan sangat berbangga dengan darah ni. Banyak family Ad tinggal kat sana. Nenek pun orang sana. So, kat Malaysia cuma little family je.
Dalam hidup dah 3 kali balik sana, 2 kali balik parents tanggung. Dan hari raya Haji tahun ni bulan Ogos, Ad balik pakai duit sendiri flight ticket dan belanja. Seriusly, now i know how my parents make money just to let all of her kids fly to Padang. 
Seronok sangat. But this trip, tiga orang je balik bukan semua balik. How i wish all of us went back together. Because our first time went back as whole family, and it is when i was standard 3 if i not mistaken, on 2010. Sebab this was last minute plan, and lain tak ready so just me, my second brother and mom.
Jadi boleh dikira mana tempat yang pernah Ad pergi as here below.

- Bukit Tinggi(Jam Gadang, Lubang Jepang)
-Istana Baso Pagaruyung
-Kelok 44
-Danau Maninjau and Danau Singkarang
-Solok
-Padang Panjang
-Pantai Maling Kundang
-Pulau Anso
- Jambatan Siti Nurbaya
- Air Terjun Lembah Anai
-Pariaman
-Pantai Gandoriah

Semua tempat ni dah pergi. Dan sangat seronok sebab suhu sangat nyaman dekat area situ. Sampai kan kulit pun bersih je. Best pulak tinggal kat sana.

OK Ad nak habaq sape yang nak ke Ranah Minang, dan nak tempat tinggal murah tapi area bilik tu dekat kampung bukan kat bandar. Specifically, Kurai Taji, Bolehla bagittau dekat Ad, kami boleh sewa untuk sape nak backpacker ke Minangkabau. Harga berbaloi ok .
Nanti Ad upload Gambar.
Jazakillah uda, uni, ajo, mak .
Ranah Minang rancak bana.

Friday, September 21, 2018

NEW VIBES: HIJRAH

السلام عليكم


Hi semua baru ni je Ad berkesempatan nak menulis blog. Asyik busy je kan. Al maklumlah banyak benda yang berlaku. Ad pun dah nak masuk sem 5 dan masih bekerja freelancer. Ad rasa Ad yang tidak sesuai bekerja dengan orang. Ad dah rasa pengalaman kerja kat kerajaan, swasta, shopping complex, rata-rata tak sesuai dengan jiwa Ad. Nampaknya Ad mungkin ditakdirkan kerja sendiri jelah meskipun bertatih tatih kerana kurangnya pengetahuan. Pengalaman itu ada tapi ilmu yang tidak cukup. Banyak peristiwa menarik yang Ad lalui. Ad boleh katakan tahun ini merupakan tahun yang banyak memberi perubahan dalam hidup Ad.

Betul orang cakap masuk umur 20 an inilah kau akan hadapi segalanya, masalah demi masalah dalam membangunkan diri kau. Tidak kurang juga Ad. Dan pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmah yang menyuruh untuk kita berfikir sejenak, merenung, dan muhasabah diri kita semula. Dulu nampak sangat kebudak-budakan dan ketidak matangan Ad, namun beransur ansur ia mengajar Ad lebih berfikir untuk diri, keluarga dan rakan-rakan.

Ad dalam enam bulan lepas kerja sendiri, so Ad menjadi seorag yang sangat berjimat cermat. Sampaikan Ad pun tak percaya yang Ad ni boleh jugak jimat. Tulah kan dulu orang tua pesan simpan duit, la ni dah tak makan gaji, baru tau apa itu simpan duit. Apa itu tanggungawab, bayar yuran belajar, bayar internet sendiri, bagi parents duit, simpan untuk travel dan balik kampung, bayar hutang kawan, bayar expenses kerja. Itu just expenses Ad, tak masuk sewa rumah, bil air api elektrik, makan sehari semalam sebab masih stay dengan family. Seriuslah kalau sebab tiada aim tu, mungkin Ad tak akan menjadi seorang penjimat gila, dan kalau tiada orang yang bagi nasihat makan cucuk dalam mungkin Ad masih membazir kut. Rasa menyesal jugak.

Tapi bagi Ad itulah pelajaran. Ad pun dah masuk umur kahwin kan. Ad seorang yang tidak suka menyusahkan orang, tak suka berhutang, tidak suka orang paksa sesuatu yang Ad tak minat nak buat, sebab bila dipaksa memang tak akan jadi kecuali kalau benda itu ada kaitan dengan syariat Islam. Maksudnya, benda yang wajib bila ditinggalkan dapat dosa. Itu yang Ad pantang. Bagi Ad, bila bab agama itu yang perlu ditegaskan sebab sekarang ni ramai yang ambil mudah pasal agama. Tengok sajalah sekeliling kita.

Jadi, dalam permulaan proses untuk berhijrah.
Kita wajib tuntut ILMU.
ILMU asas perlu mantap dan ditambah dengan yang tambahan lain.

Ad jenis yang suka buat kajian tentang agama, Ad suka sejarah Islam, Ad sejenis yang suka cari dan cari akan sesuatu ILMU sekiranya Ad ada persoalan yang Ad tak faham. Ad tak suka berada dalam ketidaktahuan akan sesuatu perkara. Ad tak suka kalau bab agama orang pandang remeh. Walaupun orang sekeliling ambik tak hirau, kita sebagai manusia yang berfikir dan berakal tidak boleh jadi orang yang tak nak ambil tau bab HALAL dan HARAM. Meskipun makin tak ramai ikut ajaran ISLAM yang sebenar, kita tak boleh ikut apa yang jelas-jelas dinyatakan HARAM dan bercanggah dengan syariat.

Jadi, bagi membuka mata orang akan sikap mereka tidak bersesuaian dengan adab dan AKHLAK mukmin yang sepatutnya diamalkan, Ad perlu lakukan pengHIJRAHAN. Dan proses Hijrah ini bermula dari kita dengan menjaga AURAT. Ad dulu seorang yang kurang pengertian dalam aurat sedangkan Ad memang dah pakai stongan(STOKING TANGAN) sejak sekolah menengah lagi. Yang kurangnya , pakaian Ad tidak menampakkan ciri seorang Muslimah. Alhamdulillah, Allah hantarkan makhluk untuk tegur Ad, cara Ad berpakaian tidak selari apa yang telah digariskan dan ditetapkan dalam Islam. Itulah penangan yang paling berkesan yang Ad terima darinya.

Memang Ad akui, susah, siapa dia nak nasihatkan orang. Sebab manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Peranan kita disini setelah dapat teguran ialah dengan memohon petunjuk pada Allah dengan berdoa. Minta diberi kefahaman, Ad mula beransur-ansur pelajari apa yang sepatutnya Ad buat dan lakukan sekiranya hendak betul berubah menjadi Muslimah yang sebenar-benarnya, Ad banyak buat research tak kira dari sumber apa GOOGLE, BUKU MOTIVASI, VIDEO CERAMAH, dan yang paling baik ialah AL QURAN serta HADIS nabi.

Ad banyak muhasabah diri sampai sekarang.
Syukran jazilan bagi mereka yang terus mendoakan Ad, menasihati, menegur dan sentiasa bersama Ad sama ada yang dekat atau jauh, yang tahu atau yang tidak tahu.
Sesungguhnya, HIJRAH bukanlah suatu yang mudah, tapi jika kita usaha dan mengharapkan sepenuhnya pada ALLAH SWT, Dia pasti menolong kita.
Nikmat berburu syurga penuh dengan ranjau dan rintangan, hadapilah ia dengan hati yang kental berbekalkan ilmu dan keberanian dan bertawakallah kepada yang Esa.

Alhamdulillah.
Apa yang perlu Ad lakukan terus memperbaiki diri dan ISTIQAMAH.
Semoga penghijrahan ini dapat membantu, membuka mata umat kita yang masih banyak lalai.



فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
(QS Ar-Rahmaan: 13)


Doakan Ad ya. Moga kita jadi Umat Islam yang hebat, berilmu dan tabah menjalani hidup ini. Aminnn.
Yang penting jangan lupa baca Al Quran ya!