Friday, February 13, 2015

Kerja Bawah Tanah

ASSALAMUALAIKUM :)

Hai guys! Kerja bawah tanah? What is that Adni?
Kerja  inilah yang dilakukan aku sekarang ini…tapi kerja apa? Den ni tak pandai nak neka…cer cerita, cer cerita…
Okay ingat tak post sebelum ni yang aku cakap tak dapat kerja tu? Kalau tak tahu baca lah dahulu ek…
Hari isninnya aku ceklah email  dan ada satu email dari pejabat dekat Cheras yang suruh aku datang untuk temuduga, so aku pergilah esoknya dengan bapa dan kawasan tu familiar sangatlah sebab aku pernah gi situ sebelum ni…bersiap punyalah cepat sebab bapa nak cari tempat tu and temu duganya pukul 11 pagi…sesampainya disana, aku tengok ada beberapa pekerja perempuan yang tengah tunggu apa tah dekat luar..takkan office tak bukak lagi? Dah pukul berapa ni…so aku tanya diorang datang temuduga ke, tapi they answer No…diorang sudah menjadi pekerja tapi apa yang aku dengarlah dari bapa aku yang diorang tak tahu kerja apa yang diorang perlu buat dan tak jelas…so, bapa aku pun ragu-ragu nak benarkan aku akhirnya, aku membonceng bapaku pulang kerumah… 

Balik rumah tukar baju then siap-siap pergi shopping dengan my family… dalam fikiran aku ni fikir yang susahnya nak cari kerja yang betul-betul boleh percaya zaman sekarang ni…
Keesokannya, aku dapat call dari PTGWPKL yang tanya sama ada aku masih berminat bekerja kat sana, ialah kalau diikutkan aku  supposed dapat call minggu lepas tapi tak ada…aku rasa happylah sebab dapat bekerja di situ dan aku diminta lapor diri esoknya…Fuh, Nampak kan? Aku tak dapat hadiri temuduga dekat Cheras tapi dapat pula kerja dekat PTG…so haritu jugak aku sediakan dokumen yang dikehendaki…

Esoknya aku lapor diri dan punyalah lama diorang nak uruskan tempat kerja aku, then dapat pula dekat bahagian pendaftaran…terletak diaras bawah iaitu di tingkat G…aik apasal bawah? Hurm..first time impression dia, hmm, so different…new surrounding…Pastu aku dibawa ke bilik bawah, lebih jelas lagi, bawah tanah…aku diperkenalkan dengan sorang mamat ni, dia macam teragak-agak nak perkenalkan aku dengan area tu… oh, lembut! Haha… Senang kerja lepas  ni..

Then aku diajar pula sorang sis ni serba sedikit tugas yang harus dilakukan…aku tanya mamat tu, so aku akan kerja kat sinilah? Dia mengangguk dan berkata, Ya…aku rasa Ha? Bukan kat tempat atas ke tempat kerja aku? Adoi…Aku ingatkan aku kerja pakai computer dengan kerusi dan meja sendiri tapi kerja bawah tanah? OMA! Aku diperkenalkanlah kepaada pekerja lain oleh mereka dan mereka macam ek, aik, oh adik akak(nama akak saya), wow, wow! My sis pernah kerja kat situ sebelum ni, so diorang mungkin dapat agak who am i kut...Muka samalah, namapun adik beradek… so itulah serba sedikit ceritanya…nak adapt kawasan tu dengan orangnya, suasananya, aktivitinya,moodnya memang sangat-sangat mencabar…Lagi special bila area tempat kerja lelaki selalu masuk keluar...well, it is not comfortable but i try to membiasakan diri dekat sana...

Kerja ni kontrak selama 3 bulan…jadi mari kita lihat sama ada aku akan teruskan lagi 3 bulan atau berhenti…tengok situasi dia dulu...kerja mula-mula nampak sikit tapi lama-kelamaan  banyak tak terkata sehingga terluahlah perkataan Penat… bagi aku kerja aku ni taklah penat mana kalau nak dibandingkan dengan kerja mak aku… ni baru sikit, dan belum lagi banyak…so bersedialah Adni…you have to face it… But, kalau  aku tak silap aku yang paling muda dekat area tu..kalau tak silaplah..Masuk hari ni dah 7 hari aku kerja… Susah nak cari kawan yang boleh ngam dengan kita lagipun semuanya dah bergroup, tapi takpe Insya Allah bila dah lama sikit dekat situ barulah dapat kenal dan sesuaikan diri...Doakan Ya! Hurmm, cepat masa berlalu…semuanya berlalu dengan pantas… Tapi kalau boleh nak pantas lagi...hehe

Akhir kata, Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian dari Mu, berilah aku cahaya hidayahMu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, kuatkanlah semangatku, jadikanlah aku seorang yang berani dan tidak takut kepada sesiapa selain daripadaMu, Ya Allah.. Amin…

Tuesday, February 3, 2015

Ku Menunggu......result STPM

ASSALAMUALAIKUM :)

Hello.....hai! apa khabar semuanya?
Sihat? Alhamdulillah :)
Empat hari cuti ni apa macam? Aku dengan family berjalan-jalan tapi bukan aku yang memandu..Huhu, mak takut nanti kecut perut bila aku bawak kereta...Kalau aku tak practise bila aku nak jadi pakar kan? Practice make perfect..walaupun aku tak reti bawak auto tapi boleh belajar kan?senang je kan? Hari tu aku bawak kawan aku dengan kereta bapanya, fuh, macam kuda  kepang :) haha..

Baru aku tau nak cari kerja ni susah sebab sekarang ni ramai yang menipu so susah nak percaya, jadinya, aku masih lagi menganggur di rumah sambil sibuk menguli tepung...Maksud aku membuat roti...Memang cita-cita aku ingin membuka sebuah kedai roti yang comel dan pastinya dapat menjadi tempat lepak peminat roti selain daripada menjual roti kegemaran semua orang... :)

Minggu lepas keputusan sem 3 keluar...alhamdulillah aku dapat 1A,2B+/B & 1D+...
But, aku peliklah dengan subjek eko, aku ingat lagi time sebelum periksa, serius aku cakap eko sem 3 ni senang dan aku cakap awal-awal aku memang study eko gila-gila,hafal gila-gila tapi? Pointer yang aku target tak kena, apa masalahnya ni? Pening aku... Padahal aku rasa eko sem 3 lagi senang...Urgh, aku serius tak puas hati dan aku fikir nak ulang, gara-gara eko lah pointer aku turun berbanding sem 1...cuba tengok kalendar, beberapa hari je result STPM nak keluar, dalam bulan 3... Aku harap aku dapat pointer yang baik... Doakan aku ya! Dan impianku ingin masuk ke IPTA makbul... Insya Allah...