Tuesday, December 25, 2012

Liburan Time

Assalamualaikum

Faham kan tajuk aku pada kali ini? Cuti-Cuti malaysialah...
Tapi terlambatlah pulak sebab minggu depan hari Jumaat dah start sekolah! Bestkan? Ok, tau reaksi korang...Actually, pergi menuntut ilmu ni ialah fardhu, dan wajib lagi bagi yang bernama Islam..Walaupun dah jadi nenek, datuk dengan beberapa cucu serta cicit, mencari ilmu tetap harus diteruskan, walaupun dengan mendengar ceramah ataupun majlis ilmu, melancong, bersoal jawab, membaca, memburu, bertani, bekerja tak dilupakan melayari internet juga adalah satu proses mempelajari perkara baru. Advise kepada pelajar yang masih berada di sekolah rendah, baru nak memasuki alam sekolah menengah, naik ke tingkatan tiga dan lima, dengarlah nasihat akakmu ini,

"Betapa beruntungnya adik kerana boleh bersekolah, dengan berbagai bantuan yang kerajaan bagi untuk memastikan negara dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dimana suatu hari nanti adiklah yang akan memimpin masa depan negara, jadi dekat sekolah tu belajar rajin-rajin dengan tekun, mulakan dari awal, jangan tangguh-tangguh ikut akak, nescaya adik akan berasa menyesal, percayalah...bak kata Siti Nurhaliza"

Ok, sebenarnya nak citer hal lain ni... Kan aku kena pi PLKN tu, jadi sampai sekarang ni surat rasmi dari pak JLKN tak sampai  lagi...feeling tetiba dapat latihan ni gembira bukan main lagi tahu.. seriuskalau tak dapat aku tak taulah apa nak dibuat dekat rumah empat bulan tu... kena masaklah padahal aku tak minat memasak ni, tapi kalau bake roti tu okey saja... konon-kononnya nak bukak kedai bakeri besar nanti, i'm in love with bread... kalau gi jaya jusco je, tempat kesukaan aku untuk berpeleseran, wajib beli beberapa makanan itu.. Saat menjejakkan kaki kedalam kedai itulah, bau roti menjadi santapanku, apabila terlihat roti itu mulalah air liurku mula bercucuran, sikit je...tak banyak...haha. Doakan aku  ya suatu hari nanti aku berjaya membuka kafe comel yang menghidangkan kek yang tersedap serta disukai ramai dan minuman yang menggamit selera pengunjung untuk berulang-alik kekafeku :)

Well, eventhough sekarang ni musim cuti sekolah tapi duduk dekat rumah ni still tak boleh dikatakan kita cuti. Memasak, jemur kain, menyapu, dan kerja rumah lain pun kena dibuat. Dah namapun kerja, so kerjalah cumanya tak dibayar gaji je. Aku ada lima adik beradik, jadi sometimes lima-lima dipanggil ke dapur untuk memenuhi ruang dapur yang sudah tersedia sempit untuk memasak...masak pun untuk lima mulut jugak, eh tak, tujuh orang termasuk parents.. Time malam pulak, mak kadang-kadang balik rumah bawak kerja sekali, so aku pun tolonglah pin.

Free time pulak seldom dapat, sebab petang-petang pun kena masak jugak...hai lah... tak masak kena dengan mummy, tu belum kena sound lagi, kalau ya, dengan bapak join sekali...huhu, tak ke haru dan menempah maut namanya kena bersoal jawab seperti polis dengan pesalah... Tapi kalau line internet best, dapatlah bergelak sakan menonton Running Man, tapi  awal-awal je laju, last-last slow macam kura-kura...

Ahad lepas adik aku pi dekat Pusat Islam Kuala Lumpur sempena Malam Demi Palestin, yang bestnya dia dapat tangkap dengan seorang muslimah yang terkenal, lawa orangnya, lebih-lebih lagi bakal meminang anak sulungnya. Beliau bertugas sebagai pengacara, penulis buku, penceramah dan lain-lain serta rancangan yang dihos olehnya ialah Assalamualaikum, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi hingga 10.00pagi. Aku suka tengok sebab kadang-kadang diorang jemput kumpulan nasyid yang best-best, that's why lah... Adik aku ni dapat tangkap gambar dengan akak Irma Hasmie... Syoknya, rugi tak pergi sebab melayankan internet ni sangat..sebab tu dari gian nak nak keluar jenjalan, then jadi suka pulak lepak dekat rumah je... Cara yang paling baik nak tambah lemak badan..huhu

There is something i want to tell you guys, bila aku buat entry ni, aku sibuk berjalan sana-kemari sebab nak kena potong ubilah, nak buat goreng... pin kainlah...lepas ni nak gi solat..err, sorry lah kalau tak perasan typo kat sini sebab penuh sangat..hehe, panjang pulakkan my diary today.. Yelah nanti tak jumpa pulak tiga bulan sebab kau tahu lahkan... Congrat to adik sebab dapat result bagus PMR and hope dia dapat masuk sekolah asrama, belajarlah pandai-pandai ek, beat your brother and sister, and SPM .... Berdebar-debar to get the slip...

Sebelum mempublishkan post ini, i wanna say bessssssttttttt sangat-sangat novel I Love you Stupid! oleh sis Melur Jelita, you ara daebak!!! Now, im totally fall in love with the story especially my boyfriend, Abang Pedas :) Pedasssss sangat...bak kata Iris :)), teruskan karya akak yang seterusnya ! I'm always support you...

Thursday, November 29, 2012

HIGH SCHOOL MOMENT

Assalamualaikum,
Hey everybody!!!
Terima kasih pada guru SMK(P)P atau PESS kerana telah mengajar saya tanpa mengenal erti penat lelah dengan perangai saya...
Sudah habis SPM lah....weheeeeee :)
No regret leave fivers ! Haha, what a day!
Wearing school uniform, wake up early in the morning, iron the uniform, wash the school shoe(black), doing school work and it's exxtrrra homework, looking after the student discipline, went to extra-curricular activities, gather at the basketball court, school assembly,coming to sport's day, having a stress day on Report Card Day, following the rules and most importantly facing an exam is now over! Ngee..
Now i can sleep with my novel :), hahaha..
I will be miss the memories after spend five years schooling there..
And we now have a biggest challenge to overcome outside..
Sempena meraikan tamatnya zaman sekolah aku, aku plan buat seperti di bawah ini
----Read novel semahu-mahunya sampai lebam!
----Pergi ke Perpustakaan Negara
----Pergi kem saudara..barbeque!!!
----Buat novel kut...haha..insyallah, future novelist, ni...huhu
----Class driving! Yohooo, so excited to drive the car..hoho,yeyeyeh ##@#$$ ERROR!!!
----Apalagi kita onlinelah...hihi
----Tengok cerita kat tv..
----PLKN!!! OHMY... :)
Kebanyakan aktiviti  yang akan dilaksanakan diatas seperti yang tertera di kaca laptop or whatever anda, banyak indoor je kan..
"Tak tengok wayang ke?
"Tak kerja ke?
"Tak shopping ke?
oppss, kalau pasal aktiviti luar begitu, memang tidak dibenarkan sama sekali oleh my parents...hehehe
orang kata duduk rumah lagi selamat...i give 50-50 jePun....
KAT MANA-MANA PUN KEMALANGAN BOLEH TERJADI...
After 1 month bertempias di sekolah, akhirnya dapat fly....alhamdulillah..
Semoga markers kertas SPM nanti semuanya baik hati, bertimbang rasa dan prihatin pada saya...saya doakan guru-guru semua mendapat keredaan Allah dalam hidup serta dimurahkan dengan rezeki, AMIN.

Tuesday, October 9, 2012

PECUTAN TERAKHIR SPM


Assalamualaikum, This entry is little bit special, of course it is..
Anyway, today my sister sat down for her PMR examination for about two weeks.
Next month will be my turn to face the big exam..
I hope i will give the best result for my mom and dad..
Pray for me okay!
Thank you guys...
Anyeonghasayo :)

Friday, September 7, 2012

BOOKS and English

ASSALAM...
Good night(the day i write this entry)
Today is the last day, i'm using the BROADBAND for online..
Okay, i want to make a exclusive statement here.....!!!
"I KNOW THAT MY ENGLISH WORD ARE NOT SO GOOD AND NICELY WRITTEN IN A CORRECT ARRANGEMENT AND ALSO ITS PRONUNCIATION ITS TOTALLY WORST BUT I'M STILL LEARNING ON HOW TO MAKE IT LOOK LOVELY AND NEAT.THANK YOU."
And we continue...
IN this last two or three month i need to focus more and struggle for my exam paper on 5 NOVEMBER 2012.
Yeah, MY priority goes to study!
I shall be quiet and stay away from this IT network , perhaps, for 3 month, i think and i'll see you this December!
All this is just a plan... All God works...
my aim is to study at university and be a succesfull bussineswoman..
That's only, bonjour!

Saturday, August 11, 2012

PUASA DAN PLKN

Assalamualaikum everyone!!!
Selama sebulan berpuasa terasa nikmat yang diberikan Allah S.W.T.
Bersyukur kerana tahun ini kita masih lagi berkesempatan berpuasa....
Sedih bila mendengar cikgu kata
"Ramadan dah siap packing barang...
Yang dulunya menjadi tetamu kita sekarang akan meninggalkan kita... Sedih...
Bulan yang penuh rahmat, suci, keampunan akn berlalu pergi...
Ya Allah, adakah Ramadan ini telah memberi perubahan yang positif pada diri kita?
Sedih kerana Ramadanlah bulan umat Islam... Bulan nilah kita ada peluang nak tebus segala dosa dan mengabdikan diri pada pencipta...Nak bagitahu ni... aku dapat PLKN lah...tapi tak tau confirm ke tak...
Perasaan? Aku sukalah...hehe
okaylah, yang penting jaga MATA daripada melihat maksiat, jaga TELINGA daripada mendengar umpatan, gosip dan sebagainya, jaga TANGAN dan KAKI daripada buat kerja mungkar, jaga LIDAH daripada berkata yang tak tentu pasal dan juga yang sia-sia dan juga jaga HATI tu...jangan mudah terpengaruh dengan NAFSU...

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum
Pertama sekali saya berasa bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi kesempatan pada diri saya ini untuk menyambut bulan Ramadhan ini yang penuh berkat..
Sebelum itu saya nak cerita perkara yang berlaku sepanjang hari saya..
Pada 7.7.2012 saya dan rakan saya telah menjejakkan kaki ke UIAM ataupun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Masuk sahaja ke dalam, Subhanallah.. Besar sekali bangunan serta kawasannya.. Indah sungguh pemandangannya..
Terdetik dalam hati saya,
'Suatu hari nanti aku ingin juga masuk ke Universiti' INSYALLAH..
Saya rasa berkobar-kobar untuk melangkah ke alam kampus nanti..
Saya ke sana kerana menghadiri seminar Remaja Mengurus Remaja yang dianjurkan Puteri Islam zon Keramat di Marhalah Nusaibah.
Di sana kami diberi ceramah, serta ada aktiviti berkumpulan serta pertandingan..
Kami berkenalan dengan rakan dari sekolah lain juga...
Dan ia berakhir pada jam 5.00 petang.
Seterusnya, ialah pada hari ini..
Saya berharap agar Ramadhan kali ini membawa seribu satu pengertian dalam diri saya serta mengubah diri saya menjadi yang lebih baik..
Jadi, bersama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah.. Sayangilah diri anda. Berusahalah untuk memberikan yang terbaik pada hari anda.
Sepanjang bulan penuh nikmat ini,saya akan melipatgandakan usaha dalam menelaah matapelajaran kerana peperiksaan percubaan dan SPM semakin hampir.. Doakan saya ya!

Monday, June 18, 2012

Kem Permata Srikandi 2012

Assalamualaikum!
Jumaat yang lepas hingga Ahad semalam, saya pergi kem tu... pada 15-17 Jun 2012, kempertama untuk saya di tingkatan lima.
Best, lebih kurang sama dengan kem kerabat...
aktiviti dia ada sesi perkenalan diri, explorace, game kecil-kecil, night walk, mandi sungai, ceramah da lain-lain. Alhamdulillah bertambah jugak informasi dan pengetahuan dalam diri ni :)
Kem yang dikendalikan oleh abang dan kakak fasilitator UIAM, iaitu Kak Dayah selaku akak fasi kitaorang dalam kumpulan lapan..
Terima kasih akak!(entah kenapa ayat begitu skema nampaknya kali ini.. mungkin akibat kertas peperiksaan bahasa malaysia yang diterima saya hari itu) haha
Sweet moment!
Insyallah, jika ada umur yang panjang kita akan bertemu kembali !

Sunday, June 3, 2012

habislah...

hai! what am i going to do ?! otoke? otoke? :( ...T,T
name tag wa sudah hilang................................mummy.....................!!!!
benda yang bewarna biru tu yang dijahit pada tudung tu  dah hilanglah.......
macam mana boleh hilang???
benda tu ada satu......... je...... :(
dahtu lesap pulak......
apa nak buat ni???
kang masa SPM nanti tak boleh amik pulak sebab tak de benda tu...
nak buat yang baru tapi tak tau nak pergi mana?
........................................................................................................................................................
panjang sangat... SOMEBODY PLEASE HELP ME!!!(jerit!) jom layan lagu sedih...huhu

Tuesday, May 29, 2012

Cuti duduk dekat rumah je...

Assalamualaikum!
Cuti datang lagi...... yahooo, tapi ...
takutlah masa open day lepas bukak sekolah nanti...
result tak berapa bagus...
oh, come on Adni!
i takut if nanti nanges depan cikgu(lelaki) pulak nanti... huhu, tak ke haru, habis reputasi nanti...
huwaaaaa........

'abak janganlah marah Ani nanti ek...' tak boleh digambarkan masa itu.

'tapi Ani janji nanti Ani akan berusaha bersungguh-sungguh unutk trial nanti! Itu janji Ani...'


Monday, April 30, 2012

May 2012

Assalamualaikum guys !!!
We meet again yeah !
How's your life? Happy?!Sad?!
OK, let's forget about that..
Nak dijadikan cerita, semalam aku pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dekat PWTC.
Aku beli Sebenarnya Saya Isteri Dia (memang laris macam pisang goreng tau tak..:)). Lagu Cintaku Buatmu(terlaris jugak, jangan main-main) dan buku motivasi Dunia Remaja Ku.
Habis duit around RM68lah..huhu
Tapi tak apa.....janji kepuasan diri tu...
Tapi yang tak bestnya, minggu depan hari isnin 7 Mei-23 Mei mid year examination.............
Alamak! Apa  macam ni?
main-main je budak ni....
oklah, lepas ni nak pergi Times Square pulak main kat Theme Park!!! Hoho.....
Bye.. Adios Amigos !!!(Cinta Kontrak by kak Nurul Ain Shuhada, best buku ni...................hoho :))

Sunday, March 11, 2012

FASHION FLU

Hai!
Hello... pe cite????
One week no DUTY, no SCHOOL and no TEACHER but....
....................................................HOMEWORK.................:B
Anyway, today i want to talk about FASHION or FASHIONISTA !
Nowhere, this world dah banyak butik or fashion designer create a stylish, trendy, labuh, and tutup aurat style....
Wow! I feel so proud of it !!
But, from my eyes sight,
   actually dress or whatsoever design yang our designer buat not so match with muslim code style..
I say this because, memanglah nampak macam tutup aurat, padahal tak..
Misalnya, baju yang direka follow the person body size..
yeah...it's true.. trylah beli any magazine, you discover by yourself..
I think i should give you guys what is  the meaning by tutup aurat.



Aurat (Bahasa Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis[1]


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[4]

This one i copy and paste from wkipedia..http://ms.wikipedia.org/wiki/Aurat

You guys can try this:





cantikkan..
and this one


Kan bagus kalau direka macam ni. :)


SO, pengertian aurat itu tidak boleh disalahertikan orang sehingga terjadi pula  perkataan yang kita biasa dengar 'membungkus aurat'.

Ingatlah saudaraku sekalian ! :).


Saturday, February 11, 2012

Kehidupan

Kehidupan bukannya mudah untuk dilalui..
Kat mana-mana pun ada halangan..
Kalau kaki tersasar tempat lain , memang akan sesatlah..
Lain pula bagi yang berpegang pada yang satu, al-Quran & Hadis..
Insyallah, pasti hidup mereka akan lurus..
Tetapi bagi yang sebaliknya,
pegang pada hawa dan nafsu semata-mata
tak hairanlah akan terpedaya kehidupan di dunia yang sementara.
Apa yang saya katakan ini juga pada diri saya..
Tak perlulah terasa.. sekadar berkongsi rasa untuk kita saudara sesama..
Dunia hanya tempat tinggal sementara,
Syurga atau neraka tempat tinggal kita selamanya..


Thanks!

Tuesday, January 31, 2012

1 Februari 2012

Assalamualaikum,
Hari ni cuti sekolah bagi hari wilayah persekutuan kl :)




Next week pun cuti lagi kan :), isnin ngan selasa..
Ok tak blog ak nih :)
simple jelah..
nak edit ni pun makan masa..
dan terhasillah blog tak seberapa ni..haha
that's only :).. bye !

Monday, January 23, 2012

New Style !

Assalamualaikum!
Hai gals and guys :)
Er, acane cantik tak style blog ak ?
Ak pun click-click pastu jumpa..
Simple je kan..
Ni nak ubah pun susah ..
Nak edit gambar tu susah jugak.
Anyway if aku ada masa yang senggang or cukup aku tukar background lagi.
Best tak lagu fursan tu ? Bestkan :), aku suka..
Aku nak citer ni, aku jadi pengerusi puteri islam..
Memang taklah aku nak jadi..
sebab form 5 dua orang je..
matilah aku ..
adik aku lagilah..
dia jadi ketua platun.. *geleng-geleng
Tu je kut .. bye !

Friday, January 20, 2012

lirik lagu fursan

Di saat yang sepi ini
Aku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang, malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar di usiaku
Salah dan silap di masa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMu
Namun tak sanggup ke nerakaMu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Chorus..

Kutetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
suruhanMu..

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi..

Ulang Chorus & Rangkap 1