Saturday, January 24, 2015

CARA MEMBUAT JAPANESE MILK BREAD

ASSALAMUALAIKUM :)

Hi semua! Apa khabar semuanya! Hihi…
Sejak akhir-akhir ni banyak betul perkara berlaku… bagi aku beberapa hari lepas aku ada pergi interview dekat satu kompeni ni, apply jadi pegawai tadbir dan sepatutnya jawapan tahu dalam minggu yang sama juga tetapi bukan rezeki aku. Kerana dengar cerita mereka nak orang yang ada diploma? Okay, aku ni lepasan STPM cumanya tak dapat lagi result so aku guna SPM punyalah… Alhamdulillah, tidak mengapa, aku boleh cari kerja lain…Fighting! Hehe… Jadinya aku dalam perancangan nak buat and jual roti, so aku kena pikir banyak bendalah… Aku masih lagi dalam eksperimen sendiri untuk membuat roti yang sedap, boleh dimakan dan berbaloi. So, wish me luck guys! Ha, lagi satu, abang aku hantar coklatlah! Wah….sedap u guys….nyummy..nyummy….sangat kenyang and sangat banyak… kita apa lagi, makanlah…yiha! Huhu…

Now, aku baru je (waktu senja, masa menaip entry) habis membake Roti Susu Jepun ataupun Hokkaido Milk Bread! Rasa roti ni macam roti biasa tapi sedaplah sebab homemade tu…. Aku pernah buat research pasal pembuatan roti di Jepun ni. Dengar katalah, bebudak kecik dekat sana pun dah pandai buat roti and lagi satu disiplin diorang time buat roti adalah sangat tinggi… Ini adalah daripada hasil pembacaan akulah… jadinya, aku setuju dengan pendapat ni sebab kita taulah macam mana orang Jepun nikan…sangat menepati masa, pentingkan kebersihan, sentiasa bersemangat dan seangkatan dengannya… Kita ni, pun boleh juga jadi seperti mereka malah kita boleh lebih dari itu tetapi semuanya perlulah bermula daripada diri sendiri…Tepuk dada dan Tanya selera…okay?


Time  ni tengah tunggu dia kembang, amek masa lebih kurang 3 hingga 4 jamlah...Tingginya...



Sudah siap dibakar! Nyummy!





Resepi
Sumber: Cynthia-Two Red Bowls

Untuk Tangzhong(Water Roux):
6 sb air
2 sb tepung roti (aku guna tepung gandum)
Bahan doh:
¼ cawan susu segar (aku letak satu cawan)
1 ½ sk yis
2 ¾ cawan (350 gram) tepung roti (aku guna tepung gandum)
1 sk garam
¼ whipping krim
1 sb krimer susu manis atau tepung susu (pilihan)
1 telur
2 sb mentega (aku guna marjerin)

Bahan gliss:
1 telur
Sedikit susu segar (pilihan)

*aku guna margerin sahaja untuk glis disebabkan tidak cukup bahan.
*boleh letak inti seperti nutella dan sebagainya.( Saranan aku pada yang tak berapa suka roti kosong)

Cara-Cara
1.       Panaskan periuk dengan suhu rendah, masukkan bahan tangzhong dan kacau sampai tiada ketulan tepung kelihatan dan semuanya sebati. Bila dah pekat tutup api dan alihkan pada mangkuk bersih. Biar sejuk.
2.       Kemudian, campurkan susu segar dengan yis dan kacau. Biarkan selama 5-10 minit dan tunggu sampai ia berbuih.
3.       Pada masa yang sama, ayak tepung, garam dan gula dalam mangkuk besar. Dalam mangkuk kecil yang lain, campur tangzhong, krim, susu krimer sejat (atau tepung susu) dan satu telur. Kacau sampai sebati.
4.       Masukkan sebatian yis tadi kedalam mangkuk kecil lalu masukkan ke dalam mangkuk besar. Kacau dengan senduk kayu sampai jadi doh.
5.       Uli 4-5 minit sampai membentuk doh yang lembut. Doh adalah sedikit lembik, campur sikit-sikit tepung dan uli sebaiknya tetapi jangan terlebih pula masuk tepung kang keras doh.
6.       Masukkan 1 sb mentega sekali dan uli. Tambah lagi buat kali kedua mentega dan uli semula.
7.       Doh akan jadi sangat licin dan kacau bilau masa ni tapi teruskan menguli 4-5 minit sehingga ia jadi sebuah doh yang lembut dan elastik.
8.       Letakkan bekas doh di tempat yang panas dan cover doh sama ada dengan balutan plastik atau apa saja yang boleh menghalang udara masuk dalam bekas. Biarkan selama 1-2 jam. Tapi nak biar selama 24 jam pun tidak mengapa. Lagi lama kita biarkan dia kembang lagi bagus roti yang boleh dihasilkan.
9.       Lepas dah kembang, tumbuk doh tu dan bahagikan kepada tiga atau empat biji. Aku bahagikan dalam enam biji. Canai setiap biji doh nipis memanjang seperti bentuk oval. Tau tak London swiss roll? Kita nak buat macam tulah…okay ada satu tips, boleh jugak lepas canai kita letak nutella atau apa saja inti yang disukai dan bentukkan doh dengan pusing dan pusing doh. Tak letak inti pun tidak mengapa.
- -       Letak dalam Loyang, dan tutup Loyang dan biarkan kembang selama 40 minit.
--    Gliss permukaan bun yang dah kembang dengan campuran susu serta telur tadi.
- -       Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah sampai permukaan bun jadi coklat keemasan. Sejukkan dan potong bun. Boleh dinikmati segar dan panas dari oven!


Thursday, January 8, 2015

Lesen Memandu Wa!

ASSALAMUALAIKUM :)



Hai korang!
Diri ini terasa gembira sekali kerana telah memperoleh lesen P akhirnya! Huhu…. Gembira wa cakap lu!

Yalah, dua kali F, pastu kali ketiga Lulus! Alhamdulillah… Cubalah bayangkan masa dalam lower six lepas dalam bulan 5, 2013 aku start pergi kelas dan latihan, tapi latihan  sekali sekala je macam dalam seminggu berlatih pastu minggu depan takde, minggu lagi satu ada balik, macam tak menentu then terus exam…last-last tak lepas…  then concentrate study sekejap pastu bulan 12 belajar lagi sekali then amek exam lagi sekali dan masih tak lulus .. frust tau…kesian tengok mak and ayah yang susah payah…lepastu pada tahun 2014 aku tak teruskan sebab tahun tu tahun terpenting buat budak upper… lepas habis sekolah bulan 12 masuk belajar balik…orang lain masa belajar cuma 12 jam, test and lulus, aku? Belajar and amek masa tambahan sampai 37 jam… Tak pernah dibuat orang..haha.. yang lainnya latihan kali ni tak lompat-lompat macam lepas tapi berturut-turut untuk dapatkan confidence lebih…

Ceritanya gini dua hari sebelum exam aku ada pergi latihan tapi ingatkan aku sorang je bawak kereta tapi pakcik yang ajar aku bawak sekali sorang budak ni and suruh join sekali. Lagipun budak tu esoknya nak exam… Jadi kami berlatihlah sama-sama dalam masa 2 jam…Masing-masing boleh dikatakan improvelah sikit… Sepanjang aku berlatih dengan dia, aku dapati dia ni ada kelainan dari orang lain.. Mana taknya masa nak naik bukit dia baca Bismilahirrahmanirrahim, buat parking, pusingan tiga penjuru dan lain-lain…




Aku? Serius aku cakap jarang sangat baca kalau nak buat kerja… Aku dalam diam mengagumi sikapnya…Jadi akupun terikut-ikutlah dengan perbuatannya ketika berlatih memandu..Tapi kalau setakat baca masa memandu pun tak boleh jugak, jadi aku pun baca time dekat rumah and kat mana-manalah setiap kali nak lakukan sesuatu…

Jadi pada esoknya sebelum test aku berlatih sekali lagi dan pakcik beritahu aku yang budak tu dah lulus…Wah…bagusnya…aku tumpang gembira dengan kejayaannya… Jadi jiwa aku rasa berkobar-kobar, kalau dia sekali practise terus lulus, kenapa aku tak boleh? Aku tau yang korang sume pun terror dari aku kan…Huhu…Dan tiba time exam, aku buat sungguh-sungguh dengan mengenangkan beberapa hari lepas aku berlatih dan berlatih sampai tangan naik lenguh tolak gear, pusing stereng kanan kiri, redah hujan dan panas, wang yang keluar, masa yang terluang, aku harus lakukan yang terbaik…Gabra memang ada tapi aku serahkan pada Allah sahaja…Hanya Dia yang tahu macam mana perasaan aku… Aku perlu lakukan sesuatu untuk gembirakan ibu bapaku  dan aku hanya mahu senyuman terukir di wajah mereka…  Tapi mampukah aku?


Time test aku banyak berzikir supaya  dipermudahkan dan berjalan lancar. Alhamdulillah,  semuanya aku tempuh dengan baik. Syukur sekali sebab aku dah lulus pada petang hari Jumaat… Aku happy sangat sebab mak and ayah aku akhirnya dapat menarik nafas kelegaan sebab dah lepaslah satu beban… Yeah! Baru kini aku sedar dengan menyebut kalimah Allah, Bismilahirrahmanirrahim, iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semua urusan InsyaAllah berjalan dengan baik… Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah S.W.T… Alhamdulillah…

Bread Rolls/Rolls Ppang

ASSALAMUALAIKUM :)

Hai guys! How are you in this new year 2015!
Aku pula berharap tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan hidup sentiasa dilimpahkan dengan rezeki…Semoga Malaysia dan Negara Islam lain dirahmati oleh Allah… Diharapkan kepada semua mangsa banjir bersabar dengan musibah yang menimpa…Memang menyedihkan bagi mereka kerana ada rumah musnah, binatang ternakan mati dan tumbuhan pun mati, akhirnya, semuanya terpaksa bermula dari zero… tapi satu benda yang kita perlu tahu semua yang kita ada sebelum ini dan sekarang adalah pinjaman Allah sahaja…diri kita juga ialah pinjamanNya, mungkin Allah tarik nikmat yang  kita ada sekarang sebab untuk peringatkan kita apa kerosakan-kerosakan yang telah kita lakukan di bumi dan mungkin juga Allah ambil semula hakNya kerana ingin memberi sesuatu yang lebih baik, bersangka baiklah selalu walaupun pahit untuk diterima… Insya Allah…

Okay, sempena masa terluang ini aku nak share resepi Bread Rolls aka Rolls Ppang style Korea. Menariknya resepi ini tidak menggunakan tepung roti, bread improver atau bread softener langsung. Kita tahulah kan ada sesetengah orang tak mampu beli tepung roti yang mahal jadi resepi ni sesuai sangat bagi mereka yang nak buat roti dengan mudah hanya menggunakan tepung gandum. Aku kebetulan dah habis stok tepung roti sebab buat Bun Lembut Osaka beberapa hari lepas. Bestnya, rasa Rolls Ppang sedap sangat dan memang berbaloi…Haha, jom tengok resepi!


                                                                Naik berkali ganda!


                                                           
                                                               Gebu sangat-sangat!




                                                         Makanlah sepuas hati..hehe


 
                           Aku rasakan aku dah berkebolehan bukak bakery satu hari nanti...hehe


                                   
                                           Banyak ni....Makan satu, mesti nak lagi...Nyum!



                                                                   Gemuknya! Haha...

Resepi
Sumber: Maangchi

3 tbs butter (Aku tak ada butter so letak marjerin)
½  cawan susu sejuk
2 tbs gula
¼ tsp garam
1 biji telur
2 tsp yis
1 ½ cawan. ¼ cawan tepung gandum
1 putih telur (untuk gliss)

Cara-cara:
1. Cairkan butter atau marjerin. Tutup api.
2. Masukkan susu sejuk,garam dan gula. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian, masukkan yis dan kacau seketika. Rehatkan selama 1     minit.
4. Masukkan tepung dan gaul sampai sebati dan menjadi sebentuk doh. Doh adalah sangat lembik dan     masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sampai kurang melekit.
5. Tutup bekas doh dengan sebarang benda untuk halang udara masuk dan letak ditempat yang panas     untuk biar doh berkembang selama 1 jam.
6. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar dan tutup semula untuk doh                     berkembang lagi sekali selama 30 minit.
7. Bentuk-bentukkan doh dalam beberapa bulatan, nak besar roti bahagikan kepada enam. Suka hati       anda..
8. Susun pada loyang yang tak melekat dan tutup biarkan naik lagi dalam 1 jam.
9. Panaskan oven dalam sepuluh minit sapukan telur pada roti dan masuk dalam oven. Bakar selama       17 minit pada suhu 180 darjah.
10. Keluarkan dan sapu lagi telur dan masuk semula dalam oven untuk 2-3 minit dan siap.
11. Sejukkan roti seketika dan boleh dimakan!

Amacam? Nampak mudahkan? InsyaAllah bagi yang baru bermula nak buat roti ini adalah salah satu cara yang boleh dilakukan. Haha aku nak buat pengakuan sikit. Sebelum ni aku juga pernah cuba buat roti beberapa kali tapi tak menjadi sebabnya doh tak kembang dan terlalu banyak tepung sampai roti jadi keras. Keras macam batu dan sesuai sangat kalau nak dibuat senjata kalau ada orang jahat datang. Baling sekali, dush, sakit..haha..Benjol terus… Kalau yang baru nak try buat roti sendiri biasalah kalau tak jadi, tapi lepas try and error insyaAllah menjadi.

Nak tahu rahsia untuk buat roti  yang enak dan menjadi? Haa,masa kita sediakan bahan,masa kita tuang dan uli bahan sentiasa baca Bismillahirrahmanirrahim ataupun berselawat, dengan izin Allah roti korang akan jadi…yang penting ikhlas! 
Selamat Mencuba! Adios!