Hai guys! How are you in this new year 2015!
Aku pula berharap tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan
hidup sentiasa dilimpahkan dengan rezeki…Semoga Malaysia dan Negara Islam lain
dirahmati oleh Allah… Diharapkan kepada semua mangsa banjir bersabar dengan
musibah yang menimpa…Memang menyedihkan bagi mereka kerana ada rumah musnah, binatang
ternakan mati dan tumbuhan pun mati, akhirnya, semuanya terpaksa bermula
dari zero… tapi satu benda yang kita
perlu tahu semua yang kita ada sebelum ini dan sekarang adalah pinjaman Allah
sahaja…diri kita juga ialah pinjamanNya, mungkin Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang sebab untuk peringatkan
kita apa kerosakan-kerosakan yang telah kita lakukan di bumi dan mungkin juga
Allah ambil semula hakNya kerana ingin memberi sesuatu yang lebih baik,
bersangka baiklah selalu walaupun pahit untuk diterima… Insya Allah…
Okay, sempena masa terluang ini aku nak share resepi Bread
Rolls aka Rolls Ppang style Korea. Menariknya resepi ini tidak menggunakan
tepung roti, bread improver atau bread softener langsung. Kita tahulah kan ada sesetengah
orang tak mampu beli tepung roti yang mahal jadi resepi ni sesuai sangat bagi
mereka yang nak buat roti dengan mudah hanya menggunakan tepung gandum. Aku
kebetulan dah habis stok tepung roti sebab buat Bun Lembut Osaka beberapa hari
lepas. Bestnya, rasa Rolls Ppang sedap sangat dan memang berbaloi…Haha, jom tengok
resepi!
Naik berkali ganda!
Gebu sangat-sangat!
Makanlah sepuas hati..hehe
Aku rasakan aku dah berkebolehan bukak bakery satu hari nanti...hehe
Banyak ni....Makan satu, mesti nak lagi...Nyum!
Resepi
Sumber: Maangchi
3 tbs butter (Aku tak ada butter so letak marjerin)
½ cawan susu sejuk
2 tbs gula
¼ tsp garam
1 biji telur
2 tsp yis
1 ½ cawan. ¼ cawan tepung gandum
1 putih telur (untuk gliss)
Cara-cara:
1. Cairkan butter atau marjerin. Tutup api.
2. Masukkan susu sejuk,garam dan gula. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian, masukkan yis
dan kacau seketika. Rehatkan selama 1 minit.
4. Masukkan tepung dan gaul sampai sebati dan menjadi sebentuk
doh. Doh adalah sangat lembik dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul
sampai kurang melekit.
5. Tutup bekas doh dengan sebarang benda untuk halang udara
masuk dan letak ditempat yang panas untuk biar doh berkembang selama 1 jam.
6. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar
dan tutup semula untuk doh berkembang lagi sekali selama 30 minit.
7. Bentuk-bentukkan doh dalam beberapa bulatan, nak besar
roti bahagikan kepada enam. Suka hati anda..
8. Susun pada loyang yang tak melekat dan tutup biarkan naik
lagi dalam 1 jam.
9. Panaskan oven dalam sepuluh minit sapukan telur pada roti
dan masuk dalam oven. Bakar selama 17 minit pada suhu 180 darjah.
10. Keluarkan dan sapu lagi telur dan masuk semula dalam
oven untuk 2-3 minit dan siap.
11. Sejukkan roti seketika dan boleh dimakan!
Amacam? Nampak mudahkan? InsyaAllah bagi yang baru bermula
nak buat roti ini adalah salah satu cara yang boleh dilakukan. Haha aku nak
buat pengakuan sikit. Sebelum ni aku juga pernah cuba buat roti beberapa kali
tapi tak menjadi sebabnya doh tak kembang dan terlalu banyak tepung sampai roti
jadi keras. Keras macam batu dan sesuai sangat kalau nak dibuat senjata kalau
ada orang jahat datang. Baling sekali, dush, sakit..haha..Benjol terus… Kalau yang baru nak try buat roti sendiri biasalah kalau tak jadi, tapi lepas try
and error insyaAllah menjadi.
Nak tahu rahsia untuk buat roti yang enak dan menjadi? Haa,masa kita sediakan
bahan,masa kita tuang dan uli bahan sentiasa baca Bismillahirrahmanirrahim
ataupun berselawat, dengan izin Allah roti korang akan jadi…yang penting
ikhlas!
Selamat Mencuba! Adios!
No comments:
Post a Comment