Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum
Pertama sekali saya berasa bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi kesempatan pada diri saya ini untuk menyambut bulan Ramadhan ini yang penuh berkat..
Sebelum itu saya nak cerita perkara yang berlaku sepanjang hari saya..
Pada 7.7.2012 saya dan rakan saya telah menjejakkan kaki ke UIAM ataupun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Masuk sahaja ke dalam, Subhanallah.. Besar sekali bangunan serta kawasannya.. Indah sungguh pemandangannya..
Terdetik dalam hati saya,
'Suatu hari nanti aku ingin juga masuk ke Universiti' INSYALLAH..
Saya rasa berkobar-kobar untuk melangkah ke alam kampus nanti..
Saya ke sana kerana menghadiri seminar Remaja Mengurus Remaja yang dianjurkan Puteri Islam zon Keramat di Marhalah Nusaibah.
Di sana kami diberi ceramah, serta ada aktiviti berkumpulan serta pertandingan..
Kami berkenalan dengan rakan dari sekolah lain juga...
Dan ia berakhir pada jam 5.00 petang.
Seterusnya, ialah pada hari ini..
Saya berharap agar Ramadhan kali ini membawa seribu satu pengertian dalam diri saya serta mengubah diri saya menjadi yang lebih baik..
Jadi, bersama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah.. Sayangilah diri anda. Berusahalah untuk memberikan yang terbaik pada hari anda.
Sepanjang bulan penuh nikmat ini,saya akan melipatgandakan usaha dalam menelaah matapelajaran kerana peperiksaan percubaan dan SPM semakin hampir.. Doakan saya ya!