Friday, March 4, 2016

SEM 2

ASSALAMUALAIKUM :)

Guys, aku kembali lagi... masih berkesempatan mengupdate blog setelah sekian lama berehat. Bukan takde benda nak cerita tapi masa tu... oklah nak mula dari mana ni, aku sekarang baru start sem 2 dan assignment dah mula menampakkan diri..haha.. haritu cuti sem selama sebulan aku kerja selama dua minggu sebagai promoter. First time kut, start pukul 10.00 habis pukul 6.00 , 8 jam. Full time sehari je, itupun xdelah busy mana. Selalunya waktu puncak , malam, aku shift pagi so boleh relaxla.. Kebetulan sebelum raya Cina ada buat sale, so kawan aku tanya aku nak kerja ke tak, aku apa lagi, daripada duk rumah tak buat apa-apa baik kerja, at least dapat gaji.. memang full time housemaid lah aku ni..tapi memang berbaloi, aku luangkan masa perbaiki pembuatan kek coklat moist aku dalam masa yang sama mencuba roti baru. Dalam banyak-banyak percubaan, kali inilah yang paling berjaya sebab aku ikut sukatan dan bahan-bahan yang betul. Memang puas hati. Ok, bersambung kerja promoter ni, aku rasa ini kerja paling rilek aku pernah buat. Aku tak payah tambah stok sebab itu jenama luar, just jual je barang yang dah disusun kat situ. Aku jaga brand Milano, oh ya, pakaian untuk lelaki. Kat sana kebanyakan budak umur 18.19 & 20 yang kerja. Haha. Sekurang-kurangnya aku dapat belajar perkara baru dan merasai pengalaman jadi promoter. Dengar kata kerja time raya Aidilfitri dapat triple ? Kalau dapat, aku nak kerja lagilah time cuti sem nanti. Hihi.

Okay, habis, kehidupan U aku bermula sekali lagi. Tapi aku boleh cakap sem ni tak berat sangat. Tapi cabaran dan godaan banyak , jangan cakaplah.. Sebagai pelajar aku berdoa agar aku dapat menempuhi semua yang mendatang dengan berfikiran rasional dan tidak bertindak melulu..Sem ni aku akan lebih serius. Aku tetapkan dalam diri aku selama-lamanya iaitu jujur dalam setiap perkara. InsyaAllah..