Thursday, January 3, 2013

WELCOME NEGERI SEMBILAN !

Assalamualaikum



Bantuk lai...gadang laie...

Hei, guys... teruja esok nak pergi PLKN :)... Tak sabar kut..tapi, sad jugak nak tinggalkan rumah, nanti rindu pulak dengan family especially mak abak.. Tapi aku harap sangat-sangat PLKN dekat Sri Mantin akan menjadi kenangan manis yang tak dapat dilupakan dan akan tersemat kemas dalam diri. Serius aku cakap sebelum ni tak pernah berpisah dengan mak bapak aku lebih dari tiga hari apatah lagi tiga bulan Tapi difikirkan balik, dalam kubur nanti yang akan masuk kita seorang je, tak ada siapa yang temankan kita. Semua benda kita tinggalkan.. Serius talk. Haha.

Cuba bayangkan tiga bulan tak bukak fb, twitter, blog dan lain-lain.. Ya ke? Entah-entah kau kat sana bukak jugak..haha.. just imagine je.. Firstly, ingatkan nak bawak handphone, tapi fikir-fikir balik, macam tak nak bawak je.. Guna public phone jelah.. Actually, aku dah karang pasal apa benda yang aku nak update dekat blog dekat Microsoft Word since Selasa lepas, tetapi apabila aku save dan ia tersekat, aku bukak balik tengok...dah hilang...........waaaaa...tau tak aku dah kerah tenaga fikiran ni pasal benda apa aku nak tulis, dan aku berani cakap yang itu adalah yang paling terpanjang setakat aku mula berblogging...serius, feddup...dengan kasih sayang yang cukup-cukup aku campurkan tapi kau tengok apa jadi..dengan sekali tekan je dah hilang..lesap terus..dah mula hilang mood nak menulis...huhu

tapi demi kepuasan diri, aku tetap gagahkan diri untuk menulis semula.. OK, aku nak beritahu pasal barang-barang yang aku akan bawak ke sana.

-Pakaian solat
-Syampoo, berus & ubat gigi, sabun
-Compact powder, lip ice, sikat
-Tuala, baldi
-5 seluar track&slack
-10 baju
-Tudung
-Sabun basuh baju, berus baju
-Hanger
-Duit bawah RM100

Itulah antara barang yang aku akan bawa. Tapi baju tak cukup lagi.. Dan tak siap packing lagi.. Haha.. Esok dah nak pergi.. Aku ada tanya emak aku. Suruh temankan hantar aku tapi mak aku cakap sibuk...La... sian anakmu ini.. Aku tanya pulak adik aku.

" Qussiy, temankanlah ayang pergi Putrajaya.."
"Tak bolehlah... Qussiykan sekolah.."
"La... pontenglah untuk satu hari je.." aku masih ingin memujuknya.
"Mana boleh.. Ayang tau tak selama ni, Qussiy tak pernah ponteng sekolah... Full!" keluarlah pulak ayat poyo dia tu.
"La...kedekut" aku nak merajuk sorang-sorang...

Jadi as conclusionnya, aku akan pergi ke sana dihantar oleh bapak aku dan saudara bapak aku. Titik. Sedih.  Takpelah, kaki aku dah kebas ni, duduk lama-lama. Lepas tiga bulan nanti aku update pasal perkara yang terjadi di Negeri Sembilan, ek. Nantikan. Bye-bye.