Sempena
menyambut Ramadhan yang mulia ini kita hendaklah berusaha untuk meningkatkan
amal ibadah kerana pada bulan inilah kita dapat memperoleh pahala yang berlipat
ganda..siapa yang tak nak? Adakah disebabkan kita berpuasa kita menjadi lemah
semangat sedangkan pada zaman nabi pun berpuasa ketika berperang..Namun kita
dihidangkan isu yang menyayat hati kita umat islam ialah kisah saudara kita di
bumi Palestin yang menghadapi serangan
tentara zionis yang dilaknat oleh Allah.. Tentera Israel didakwa sengaja mengeksploitasi penculikan tiga remaja negara itu dari penempatan haram Yahudi di Hebron sebagai alasan untuk menyerang penduduk Palestin di Gaza...apa lagi yang mereka rancangkan?
Pembentukan
negara haram israel pada 15 Mei 1948 di bumi palestin 65 tahun yang lalu telah
mengundang malapetaka besar...Dunia menyaksikan kekejaman rejim Zionis melalui
petempuran yang telah mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat. Ratusan ribu yang
mati syahid, ribuan pelarian yang terpaksa meninggalkan tanah air dan
berhadapan masalah pengangguran dan kecacatan kekal… Tidak ada sifat
perikemanusiaan dalam diri mereka...Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan
yang ditanggung rakayat Palestin menjadi satu keinsafan kepada kita seummah..
Jika kita
di Malaysia masih boleh bersenang lenang dengan limpahan kemewahan yang tak
terhingga, ingatlah masih ada di luar sana yang menderita dan sengsara kerana
ingin mempertahankan negara mereka daripada musuh Islam… Mungkin kita boleh
buang makanan yang berlebihan apabila kita kekenyangan ke dalam tong sampah
tapi pernah tak kita terfikir banyak lagi kanak-kanak yang mati kebuluran
kerana tiada makanan..Setiap cebisan makanan yang kita dapat semuanya ada harga
dan nilainya yang tersendiri.. Dapat makan makanan yang bermacam-macam pun
bersyukurlah …
Jika kita
sakit, kita boleh dapatkan segera rawatan di klinik mahupun hospital
tetapi jika penyambung pejuang Palestin
yang sakit seperti kanak-kanak adakah mereka dapat khidmat rawatan ini dengan
segera sekiranya hospital penuh dengan mangsa serangan, ubat-ubatan kehabisan
serta adakah kecederaan yang mereka alami boleh sembuh dengan sepenuhnnya jika
tidak dirawat dengan baik? Kita tak rasa
apa yang dilalui oleh rakyat Palestin kerana kita tidak mengalaminya Namun,
jika negara kita pula yang menjadi mangsa serangan kuasa jahat, adakah kita
mampu keluar dari rumah untuk ke sekolah dengan tenang… Disinilah kekuatan doa
yang kita boleh sampaikan… Berdoalah, kerana itulah penghubung kita kepada yang
maha pencipta..kerana doalah senjata orang Mukmin.. Adakah kita mempunyai
kekuatan untuk menumbangkan musuh sekiranya kita masih lagi di awang-awangan..
Dengan maksiat yang penuh dalam diri kita adakah kita mampu berdiri segagah seperti
pemuda Palestin yang kuat serta utuh pegangannya kepada ajaran Allah.. Jihad
mereka tidak akan pernah berhenti kerana mereka percaya kemenangan itu datang
daripada Allah…
Seruan
mereka ialah jihad fisabilillah menentang musuh Allah dan umat Islam, bukan
seruan bangsa dan tanah air. Bekalan kerohanian mereka ialah solat berjemaah
dan solat malam, bukan hiburan dengan segala penjenamaan dan hiasan kata.
Peneguhan jiwa mereka ialah al-Quran, bukan nayanyian yang melalaikan. Matlamat
dan tujuan mereka ialah mati syahid dan bukan tujuan duniawi dan segala isinya.
Mereka
itulah orang yang tidak tertipu dengan dunia dan isinya. Mereka tidak ada masa
menonton konsert rock atau irama tari lembut gemalai. Mereka benci dengan
fenomena Gangnam Style atau artis-artis sezaman dengannya kerana ianya jelas
dan nyata mendorong kepada kebejatan akhlak dan keruntuhan moral.
Akhlak,
peribadi dan semangat pejuang-pejuang kebenaran inilah yang seharusnya djadikan
contoh kepada umat islam sedunia agar bersatu dalam mengalahkan musuh Islam.
Jadi apa
kata kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menderma di
atau
insyaAllah, jika seorang rakyat Malaysia dapat menyumbang RM10 seorang, ditambah dengan yang lain, kita dapat membantu penduduk Palestin untuk keperluan asas mereka...
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).