Saturday, December 27, 2014

Hotteok, korean pancake/ 호떡

ASSALAMUALAIKUM :)

Hi uollsss! Amacam title? Menarik tak? Haha..
meh nak cerita sikit..aku ni peminat Runningman, drama Korea dan rancangan hiburan Korea yang lain, jadi kadang-kadang ada time tu diorang buat penggambaran dekat pasar...korang yang peminat korea ni mestilah tahu yang dekat pasar pagi atau malam dia ni macam-macam ada..dari barangan dapur, baju, makanan laut dan berbagai lagilah ada dijual...tapi yang lebih menarik bila diorang tunjukkan makanan...fuhh..mengancam!
tapi kalau dia tunjuk daging, jangan terliur lak...haha...nak tengok apa yang dipot pet oleh diriku ini? Jom, tapi pastikan anda dah makan dahulu sebelum tengok gambar ini, takut anda nak terbang ke Korea sekarang jugak..hahaa, makanan yang bakal korang tengok dibawah ialah makanan yang aku rasa orang Malaysia ataupun orang Melayu boleh terima dan aku suka...teheee

Bibimbap- Korean Mix Rice- Nasi Campur Korea

                                    Wah, nampak menyelerakan! Bewarna warni pulak tu....

Untuk pengetahuan korang, nasi campur korea ni kandungannya ialah nasi, daging lembu cincang, telur, sos cili bibimbap, sayur-sayuran(Cendawan Shiitake, tauge dan lobak) tapi nak letak sayur lain boleh jugak, ikut citarasa dan rumpai laut.. Bila digaul-gaulkan semuanya, barulah seperti nasi campur Korea.... Nampak sihat kan? Susunan dia pun menarik... manalah tak tertarik..aku, insyaAllah suatu hari nanti akan cuba buat resepi ni...kalau dapat buat untuk suami pun boleh..haha


Ddeokbokki- Stir Fried Rice Cake- Kuih Beras Kacau Goreng(Pelik Nama BM dia!)



Pekat kan? Nampak sedap je kan? Yummy... Kuih ni ada banyak jenis seperti garaddeok(jenis yang plain dan tak bercampur dengan sebarang sos), Chapssalddeok( macam kuih mochi yang dijual dekat kedai, makan sekali mesti nak lagi!) dan Songpyeon(kuih beras tradisonal Korea,inti dia boleh letak macam-macam seperti kacang merah(orang Korea suka kacang merah, aku tak suka sangat), nak letak inti pandan pun boleh tapi kena pandai buatlah...hehe....inti kaya ke? kelapa ke? style malaysia kan? hehe... aku nak cuba buat jugak tapi mesti guna tepung beras yang dijual dalam peti sejuk beku dan ia terdapat di Korea, Wuhaa...Malaysia tak ada ke? Tak taulah tepung beras kita sesuai digunakan atau tak..
Aku ada tengok cara orang korea buat Garaeddeok ni dalam satu rancangan Korea, Family Outing...nampak macam tasty je..sebab dia gebu, bulat, licin..bila makan macam tu je pun okay...masak panas-panas makan terus lagi fuhh! Bahan bahan dia adalah bebola ikan, bawang, sos perasa, nama dia gochujang, cili khas orang Korea...air dan kubis... Bagi aku dia serupa sikit macam yong taufu ...cumanya sos dia lain dan tak ada sayur...Kalau jadi pun rasanya tak akan serupa dengan mereka sebab bahan-bahan pun lain...Tapi tak semestinya tak enak...kalau pandai ber-eksperimen, mungkin boleh jadi satu! Hehe..


Bulgogi- Korean Beef BBQ- BBQ Daging Lembu Korea



Slurpp....
Fulamak...tutup mulut tu! Hehehe...panggang ni...sediakan pemanggang sekarang! Hoho... Dari pandangan akulah, orang Korea suka makan makanan yang mentah macam orang Barat gaklah...contohnya, abalone, oyster dan sashimi kan mentah? So, diorang akan cecah dengan cili khas Gochujang dan makan...Kita? Uwekk..muntah dahulu..mestilah kena masak, lainlah tekak Western..So, banyak rancangan diorang tunjuk masakan bulgogi ni...apa yang diperlukan daging lembulah apa lagi? serta bahan-bahan perapan seperti pear hancur, bawang, bawang putih hancur, halia hancur, daun bawang(masakan Korea banyak pakai daun bawang), soy sauce, brown sugar, lada hitam, minyak bijan dan beberapa hirisan lobak...perap dalam 30 minit dan boleh dipanggang! Sodappp...


Dakgalbi- Spicy Grilled Chicken- Ayam Panggang Pedas



Ayam, sesiapa pun suka, budak-budak? remaja? orang tua? jangan cakaplah, Okay, yang tak suka takpe...Spicy tu..yang suka pedas macam den, memang patuit cuba! Huha! Apa yang diperlukan drumstick atau chicken breast, bawang putih hancur, halia, soy sauce, serbuk cili, pes cili (gochujang), air gula, lada hitam, bawang merah, kubis, kuih beras(rice cake), lobak merah, kentang dan daun perilla.nak makan. Dakgalbi pun kena gaul semua sampai sebati dan makan! Nyum!


Sundubu jjigae- Soft tofu stew- Stu Tauhu Lembut



Menarik kan? Stu tu...kita jarang makan makanan macam ni,  sebab kita selalu makan gulai masak lemak cili api, sambal belacan, ulam-ulaman( berapa ramai yang makan?), rendang dan lain-lain... seperti yang dikata tadi, citarasa lain..kita ni orang Timur...jadi isinya ialah ikan bilis, kelp, bawang merah, cendawan shiitake, bawang putih, cili hijau, campuran makanan laut, daging lembu. daun bawang, minyak bijan, tauhu, sos ikan dan telur....dia tak guna santan tapi guna ayak(air) untuk kuah dia..


Hotteok


Okay, semalam nak dijadikan cerita, aku pergilah buat hotteok(sejenis penkek manis korea dengan isian gula perang)...
Aku terpengaruhlah dalam Runningman...tengok ahjumma (mak cik) yang buat dan jual pankek ni dan bersusun bagai...manalah tak terliur...bila tengok diorang gigit pankek panas-panas tu, fuh, terkecur air liur wa cakap lu...nak tahulah jugak apa rasa dia...bahan-bahan dia ada kat rumah dan aku ni jenis yang tak boleh duduk diam, ada je benda yang nak dicuba masak.... jadi tak jadi itu hal lain..haha




macam mana nak buat?
Tepung, air, yis kering,  gula, garam, gula perang, serbuk kulit kayu manis, keju mozarella(aku guna cheddar), walnut(aku tak ada, jadi aku tak letak) dan minyak sayuran(untuk adunan, aku guna olive oil)
adun semua sampai jadi sebati dan tunggu sampai kembang, punyalah lama aku nak tunggu adunan ni nak membesar padahal resepi asal cakap satu jam je untuk proses berkembang..okay, aku ni taklah terror sangat buat benda yang menggunakan yis...adunan dia ni sticky atau melekit sana sini jadi kena letak tepung...aku bahagikan kepada lapan bahagian, dan bentukkan sebelum isi dengan fillingnya..enam biji isi dengan campuran keju,gula perang dan kulit kayu manis manakala lagi dua dengan cip coklat..
Goreng atas pan dengan minyak yang sedikit je supaya tak oily sangat, then boleh dihidang...nak tau tak apa taste dia? not bad...tapi kalau tak letak filling pun boleh sebab rasa macam roti canai ada, roti boom ada tapi tebal sikit dan pembuatan ia tak pakai minyak yang sangat, aku ni kan pandai sangat pergi letak 2 kali teaspoon kulit kayu manis dan rasa dia kuat gila...sepatutnya letak one teaspoon je..huhu, tapi rasa manis tu tetap ada sebab ada gula perang kan? Rasa dia cair dalam mulut..Tapi kalau letak walnut atau pecans pun aku sangat sarankan...mesti best...isian dia boleh juga ikut citarasa anda semua......kalau ada marshmallow, buah epal ke, strawberry ke, atau jem nutella ke, pun boleh ! Lagi umphhh!




Wednesday, December 3, 2014

RESEPI PANCAKE PANDAN

ASSALAMUALAIKUM :)

Hai everyone!
Hari ni nak share satu resepi iaitu pancake pandan.  Sebenarnya aku tak boleh duduk diam dekat rumah lebih-lebih lagi time cuti ni, sebagai peminat bakeri yang tegar aku akan cuba untuk hasilkan kek, biskut atau roti yang sesedap mungkin. Dan semalam aku buat Pancake pandan yang resepinya aku cari dekat Google. Perisa pandan memang favourite aku dan korang semua kan? Aku dapati dekat Korea bila diorang buat rice cake yang berinti, roti atau pankek selalunya letak isi kacang merah, Mungkin ia adalah kesukaan rakyat mereka namun perisa pandan nampaknya tak ada… Aku pun kurang minat dengan kacang merah…Okay sebelum tu tengok gambar dululah…hehe


nampak macam burger pulak..haha





Mengancam tak hijau dia? Hehe



Nyam..nyam...



Nak buat pancake biasa tanpa perisa pandan pun boleh...sedap jugak..



sesuai dimakan pada waktu petang!



RESEPI PANCAKE PANDAN
Sumber: Dari Dapur Siti
Rujukan: Majalah Lisa
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum 
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
secubit garam
1 1/2 sudu besar gula kaster
1 biji telur besar
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu teh esen pandan 
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit mentega - untuk gris

Cara-cara :
1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.
2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu, mentega cair, esen pandan dan pewarna hijau kacau dengan whisk hingga rata.
3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.
4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit.
5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya.

Jadi peminat perisa pandan, bolehlah cuba try resep ini! Dijamin sedap!


Tuesday, December 2, 2014

Bersedia untuk Bekerja?

ASSALAMUALAIKUM :)



Hai, harini  tajuk lain dari yang lain ...
Sedia untuk bekerja bagi lepasan SPM,STPM, Diploma dan Ijazah?
..sebelum mencari pekerjaan,kita tahu ada satu benda penting yang perlu disediakan dan itu adalah


                            'R.E.S.U.M.E'

Ada apa dengan resume?
Dia lebih kurang macam satu tiket yang diperlukan  untuk apply kerja, sama juga bila nak masuk wayang atau nak main roller coaster...resume harus ada jika saya dananda nak mohon kerja swasta atau kerajaan. Tapi ada juga pekerjaan tak pakai resume, contohnya online business. Senang cakap kerja yang tiada pejabat, tak perlu pakai pakaian kerja, tiada masa pergi dan balik, tidak terikat dengan sebarang peraturan disiplin. Contohnya saya baru-baru ini launch online shop dekat facebook ---Anniclothes, jemput semua singgah ya !

Isi kandungan dalam resume yang diperlukan adalah seperti, gambar, pengenalan, objektif, pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran dan rujukan. Itu secara umum. Melalui resume, kita akan dinilai sama ada layak atau tidak memegang jawatan tertentu. Dan inilah yang saya akan sediakan untuk memohon pekerjaan di pejabat. Jadi penulisan resume adalah penting dan teliti untuk memastikan saya dan anda mendapat pekerjaan. Saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah.