Wednesday, December 3, 2014

RESEPI PANCAKE PANDAN

ASSALAMUALAIKUM :)

Hai everyone!
Hari ni nak share satu resepi iaitu pancake pandan.  Sebenarnya aku tak boleh duduk diam dekat rumah lebih-lebih lagi time cuti ni, sebagai peminat bakeri yang tegar aku akan cuba untuk hasilkan kek, biskut atau roti yang sesedap mungkin. Dan semalam aku buat Pancake pandan yang resepinya aku cari dekat Google. Perisa pandan memang favourite aku dan korang semua kan? Aku dapati dekat Korea bila diorang buat rice cake yang berinti, roti atau pankek selalunya letak isi kacang merah, Mungkin ia adalah kesukaan rakyat mereka namun perisa pandan nampaknya tak ada… Aku pun kurang minat dengan kacang merah…Okay sebelum tu tengok gambar dululah…hehe


nampak macam burger pulak..haha





Mengancam tak hijau dia? Hehe



Nyam..nyam...



Nak buat pancake biasa tanpa perisa pandan pun boleh...sedap jugak..



sesuai dimakan pada waktu petang!



RESEPI PANCAKE PANDAN
Sumber: Dari Dapur Siti
Rujukan: Majalah Lisa
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum 
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu baking soda
secubit garam
1 1/2 sudu besar gula kaster
1 biji telur besar
1 cawan susu segar
1 sudu besar mentega - dicairkan
1 sudu teh esen pandan 
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit mentega - untuk gris

Cara-cara :
1. Adunan Kering: Campurkan tepung gandum, baking powder, baking soda, secubit garam dan gula kaster ke dalam mangkuk besar.
2. Adunan Cecair: Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu, mentega cair, esen pandan dan pewarna hijau kacau dengan whisk hingga rata.
3. Masukkan perlahan-lahan adunan cecair ke dalam adunan kering. Kacau hingga rata dan hingga tiada ketulan tepung lagi. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi susu.
4. Tutup adunan pancake dengan plastik bersih dan rehatkan adunan kira-kira 30 minit.
5. Gris frying pan dengan mentega nipis-nipis dan panaskan dengan api perlahan. Tuangkan anggaran 1/3 cawan adunan dan masak sehingga nampak lubang-lubang kecil diatasnya, terbalikkan dengan perlahan-lahan. Masak lagi hingga bahagian bawah kekuningan. Angkat.
6. Hidangkan bersama lapisan inti kegemaran dan tambahkan ais krim vanila bersama sos chocolate sebagai toppingnya.

Jadi peminat perisa pandan, bolehlah cuba try resep ini! Dijamin sedap!


No comments:

Post a Comment