Tuesday, December 25, 2012

Liburan Time

Assalamualaikum

Faham kan tajuk aku pada kali ini? Cuti-Cuti malaysialah...
Tapi terlambatlah pulak sebab minggu depan hari Jumaat dah start sekolah! Bestkan? Ok, tau reaksi korang...Actually, pergi menuntut ilmu ni ialah fardhu, dan wajib lagi bagi yang bernama Islam..Walaupun dah jadi nenek, datuk dengan beberapa cucu serta cicit, mencari ilmu tetap harus diteruskan, walaupun dengan mendengar ceramah ataupun majlis ilmu, melancong, bersoal jawab, membaca, memburu, bertani, bekerja tak dilupakan melayari internet juga adalah satu proses mempelajari perkara baru. Advise kepada pelajar yang masih berada di sekolah rendah, baru nak memasuki alam sekolah menengah, naik ke tingkatan tiga dan lima, dengarlah nasihat akakmu ini,

"Betapa beruntungnya adik kerana boleh bersekolah, dengan berbagai bantuan yang kerajaan bagi untuk memastikan negara dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dimana suatu hari nanti adiklah yang akan memimpin masa depan negara, jadi dekat sekolah tu belajar rajin-rajin dengan tekun, mulakan dari awal, jangan tangguh-tangguh ikut akak, nescaya adik akan berasa menyesal, percayalah...bak kata Siti Nurhaliza"

Ok, sebenarnya nak citer hal lain ni... Kan aku kena pi PLKN tu, jadi sampai sekarang ni surat rasmi dari pak JLKN tak sampai  lagi...feeling tetiba dapat latihan ni gembira bukan main lagi tahu.. seriuskalau tak dapat aku tak taulah apa nak dibuat dekat rumah empat bulan tu... kena masaklah padahal aku tak minat memasak ni, tapi kalau bake roti tu okey saja... konon-kononnya nak bukak kedai bakeri besar nanti, i'm in love with bread... kalau gi jaya jusco je, tempat kesukaan aku untuk berpeleseran, wajib beli beberapa makanan itu.. Saat menjejakkan kaki kedalam kedai itulah, bau roti menjadi santapanku, apabila terlihat roti itu mulalah air liurku mula bercucuran, sikit je...tak banyak...haha. Doakan aku  ya suatu hari nanti aku berjaya membuka kafe comel yang menghidangkan kek yang tersedap serta disukai ramai dan minuman yang menggamit selera pengunjung untuk berulang-alik kekafeku :)

Well, eventhough sekarang ni musim cuti sekolah tapi duduk dekat rumah ni still tak boleh dikatakan kita cuti. Memasak, jemur kain, menyapu, dan kerja rumah lain pun kena dibuat. Dah namapun kerja, so kerjalah cumanya tak dibayar gaji je. Aku ada lima adik beradik, jadi sometimes lima-lima dipanggil ke dapur untuk memenuhi ruang dapur yang sudah tersedia sempit untuk memasak...masak pun untuk lima mulut jugak, eh tak, tujuh orang termasuk parents.. Time malam pulak, mak kadang-kadang balik rumah bawak kerja sekali, so aku pun tolonglah pin.

Free time pulak seldom dapat, sebab petang-petang pun kena masak jugak...hai lah... tak masak kena dengan mummy, tu belum kena sound lagi, kalau ya, dengan bapak join sekali...huhu, tak ke haru dan menempah maut namanya kena bersoal jawab seperti polis dengan pesalah... Tapi kalau line internet best, dapatlah bergelak sakan menonton Running Man, tapi  awal-awal je laju, last-last slow macam kura-kura...

Ahad lepas adik aku pi dekat Pusat Islam Kuala Lumpur sempena Malam Demi Palestin, yang bestnya dia dapat tangkap dengan seorang muslimah yang terkenal, lawa orangnya, lebih-lebih lagi bakal meminang anak sulungnya. Beliau bertugas sebagai pengacara, penulis buku, penceramah dan lain-lain serta rancangan yang dihos olehnya ialah Assalamualaikum, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi hingga 10.00pagi. Aku suka tengok sebab kadang-kadang diorang jemput kumpulan nasyid yang best-best, that's why lah... Adik aku ni dapat tangkap gambar dengan akak Irma Hasmie... Syoknya, rugi tak pergi sebab melayankan internet ni sangat..sebab tu dari gian nak nak keluar jenjalan, then jadi suka pulak lepak dekat rumah je... Cara yang paling baik nak tambah lemak badan..huhu

There is something i want to tell you guys, bila aku buat entry ni, aku sibuk berjalan sana-kemari sebab nak kena potong ubilah, nak buat goreng... pin kainlah...lepas ni nak gi solat..err, sorry lah kalau tak perasan typo kat sini sebab penuh sangat..hehe, panjang pulakkan my diary today.. Yelah nanti tak jumpa pulak tiga bulan sebab kau tahu lahkan... Congrat to adik sebab dapat result bagus PMR and hope dia dapat masuk sekolah asrama, belajarlah pandai-pandai ek, beat your brother and sister, and SPM .... Berdebar-debar to get the slip...

Sebelum mempublishkan post ini, i wanna say bessssssttttttt sangat-sangat novel I Love you Stupid! oleh sis Melur Jelita, you ara daebak!!! Now, im totally fall in love with the story especially my boyfriend, Abang Pedas :) Pedasssss sangat...bak kata Iris :)), teruskan karya akak yang seterusnya ! I'm always support you...