Monday, August 24, 2020

Hero

ASSALAMUALAIKUM :)

Kalau ditanya Hero macam mana yang diri ini inginkan.
Hero itu haruslah seorang yang berilmu pengetahuan yang luas. Seorang pemimpin yang bijaksana dan berwawasan. Kalau nak describe calon suami macam mana yang diinginkan?
Jawapannya seperti yang dinyatakan. Seorang yang boleh menerima kelemahan diri, namun itu tidak dijadikan alasan kerana sebagai pemimpin tugasnya adalah mengemudi sesebuah nakhoda sehingga ke akhir hayat. Boleh menahan segala ribut yang datang menempiaskan taufannya dan tetap cekal memimpin kerana tahu segala sesuatu yang berlaku adalah dariNya, selagi mana keyakinan pada Dia dan tahu akan kewujudan dunia sana yang kekal selamanya selagi itulah hati itu akan terus berani dan cekal harunginya. Ya meskipun Hero bukanlah yang sempurna semuanya, tetapi hadirnya dalam hidup melengkapi, pasti akan membuahkan hasil setelah dilalui dengan sepenuh pengharapan kepada Allah. 

Allah Maha Kuasa atas setiap segala sesuatu, makhluk tiada kuasa. Bahkan makhluk hanya lemah dan perlu sentiasa mengharapkan bantuan dariNya. Hero tahu disaat dia benar pada pegangan ajaran Islam yang benar dia tidak takut dan gentar menghadapi segala dugaan dan cubaan. Kerana dia yakin di setiap kejadian telah ditentukan hikmah yang dapat diambil sebagai pedoman dalam hidup. Takutlah pada Allah akan setiap apa yang dikerjakan. Jalan mana yang akan dipilih untuk ke syurgaNya. Hidup memanglah satu pilihan, pilihlah yang membawa diri dekat pada Dia kerana kita cuma seorang perantau di dunia. Disaat satu dunia, orang yang dipercayai dan paling disayangi berpaling darimu, ingatlah Allah. Minta pada Dia apa yang diinginkan dengan hati yang bersungguh-sungguh dan berdoa dengan yakin pada Dia akan dimakbulkan segala yang baik untuk kebaikan diri dan agama. Takutlah dengan Allah dalam memimpin sesuatu. Supaya tidak leka dan alpa dan sebagai peringatan kepada diri yang sentiasa leka dan lupa.

Allah akan beri jawapan pada setiap persoalan dengan memohonlah dengan hati yang rindu akan kasih sayangNya yang melimpah ruah. Kita cuma makhluk hina yang lemah. Janganlah dibiarkan ego itu melebihi segalanya dalam diri kerana itu pemusnah utama dalam hidup. Jangan biar ia menang tapi sentiasalah berharap Allah lembutkan hati untuk sentiasa memaafkan orang, memaafkan kekhilafan diri dan berusahalah memperbaiki diri sepanjang masa sehingga nyawa masih dikandung badan. Belajarlah dari alam, merenungi segala kebesaranNya dan sentiasalah bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung dan memberikan kita nafas, itu tanda kasih sayangnya yang utama. Berpenat lelahla di dunia, kelak di akhirat Allah akan berikan ganjaran yang tidak mampu dibayang dan diucapkan kerana Allah lebih mengetahui sedangkan kita tak tahu apa-apa. Sayangnya Allah pada kita cuma kita je yang tak perasan dan kita mudah lupa siapa yang beri kita semuanya. Tapi kita juga lupa Dia juga boleh mengambilnya semula Ingatlah semua hanya pinjaman. Bukan kita punya. Peliharalah dengan baik. Kelak kita akan ditanya apa yang kita telah lakukan. Setiap perlakuan kita dibawah pemerhatianNya. Ingatlah, takutlah pada Allah.