Thursday, January 8, 2015

Lesen Memandu Wa!

ASSALAMUALAIKUM :)



Hai korang!
Diri ini terasa gembira sekali kerana telah memperoleh lesen P akhirnya! Huhu…. Gembira wa cakap lu!

Yalah, dua kali F, pastu kali ketiga Lulus! Alhamdulillah… Cubalah bayangkan masa dalam lower six lepas dalam bulan 5, 2013 aku start pergi kelas dan latihan, tapi latihan  sekali sekala je macam dalam seminggu berlatih pastu minggu depan takde, minggu lagi satu ada balik, macam tak menentu then terus exam…last-last tak lepas…  then concentrate study sekejap pastu bulan 12 belajar lagi sekali then amek exam lagi sekali dan masih tak lulus .. frust tau…kesian tengok mak and ayah yang susah payah…lepastu pada tahun 2014 aku tak teruskan sebab tahun tu tahun terpenting buat budak upper… lepas habis sekolah bulan 12 masuk belajar balik…orang lain masa belajar cuma 12 jam, test and lulus, aku? Belajar and amek masa tambahan sampai 37 jam… Tak pernah dibuat orang..haha.. yang lainnya latihan kali ni tak lompat-lompat macam lepas tapi berturut-turut untuk dapatkan confidence lebih…

Ceritanya gini dua hari sebelum exam aku ada pergi latihan tapi ingatkan aku sorang je bawak kereta tapi pakcik yang ajar aku bawak sekali sorang budak ni and suruh join sekali. Lagipun budak tu esoknya nak exam… Jadi kami berlatihlah sama-sama dalam masa 2 jam…Masing-masing boleh dikatakan improvelah sikit… Sepanjang aku berlatih dengan dia, aku dapati dia ni ada kelainan dari orang lain.. Mana taknya masa nak naik bukit dia baca Bismilahirrahmanirrahim, buat parking, pusingan tiga penjuru dan lain-lain…




Aku? Serius aku cakap jarang sangat baca kalau nak buat kerja… Aku dalam diam mengagumi sikapnya…Jadi akupun terikut-ikutlah dengan perbuatannya ketika berlatih memandu..Tapi kalau setakat baca masa memandu pun tak boleh jugak, jadi aku pun baca time dekat rumah and kat mana-manalah setiap kali nak lakukan sesuatu…

Jadi pada esoknya sebelum test aku berlatih sekali lagi dan pakcik beritahu aku yang budak tu dah lulus…Wah…bagusnya…aku tumpang gembira dengan kejayaannya… Jadi jiwa aku rasa berkobar-kobar, kalau dia sekali practise terus lulus, kenapa aku tak boleh? Aku tau yang korang sume pun terror dari aku kan…Huhu…Dan tiba time exam, aku buat sungguh-sungguh dengan mengenangkan beberapa hari lepas aku berlatih dan berlatih sampai tangan naik lenguh tolak gear, pusing stereng kanan kiri, redah hujan dan panas, wang yang keluar, masa yang terluang, aku harus lakukan yang terbaik…Gabra memang ada tapi aku serahkan pada Allah sahaja…Hanya Dia yang tahu macam mana perasaan aku… Aku perlu lakukan sesuatu untuk gembirakan ibu bapaku  dan aku hanya mahu senyuman terukir di wajah mereka…  Tapi mampukah aku?


Time test aku banyak berzikir supaya  dipermudahkan dan berjalan lancar. Alhamdulillah,  semuanya aku tempuh dengan baik. Syukur sekali sebab aku dah lulus pada petang hari Jumaat… Aku happy sangat sebab mak and ayah aku akhirnya dapat menarik nafas kelegaan sebab dah lepaslah satu beban… Yeah! Baru kini aku sedar dengan menyebut kalimah Allah, Bismilahirrahmanirrahim, iaitu dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semua urusan InsyaAllah berjalan dengan baik… Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah S.W.T… Alhamdulillah…

No comments:

Post a Comment