Tuesday, February 3, 2015

Ku Menunggu......result STPM

ASSALAMUALAIKUM :)

Hello.....hai! apa khabar semuanya?
Sihat? Alhamdulillah :)
Empat hari cuti ni apa macam? Aku dengan family berjalan-jalan tapi bukan aku yang memandu..Huhu, mak takut nanti kecut perut bila aku bawak kereta...Kalau aku tak practise bila aku nak jadi pakar kan? Practice make perfect..walaupun aku tak reti bawak auto tapi boleh belajar kan?senang je kan? Hari tu aku bawak kawan aku dengan kereta bapanya, fuh, macam kuda  kepang :) haha..

Baru aku tau nak cari kerja ni susah sebab sekarang ni ramai yang menipu so susah nak percaya, jadinya, aku masih lagi menganggur di rumah sambil sibuk menguli tepung...Maksud aku membuat roti...Memang cita-cita aku ingin membuka sebuah kedai roti yang comel dan pastinya dapat menjadi tempat lepak peminat roti selain daripada menjual roti kegemaran semua orang... :)

Minggu lepas keputusan sem 3 keluar...alhamdulillah aku dapat 1A,2B+/B & 1D+...
But, aku peliklah dengan subjek eko, aku ingat lagi time sebelum periksa, serius aku cakap eko sem 3 ni senang dan aku cakap awal-awal aku memang study eko gila-gila,hafal gila-gila tapi? Pointer yang aku target tak kena, apa masalahnya ni? Pening aku... Padahal aku rasa eko sem 3 lagi senang...Urgh, aku serius tak puas hati dan aku fikir nak ulang, gara-gara eko lah pointer aku turun berbanding sem 1...cuba tengok kalendar, beberapa hari je result STPM nak keluar, dalam bulan 3... Aku harap aku dapat pointer yang baik... Doakan aku ya! Dan impianku ingin masuk ke IPTA makbul... Insya Allah...

No comments:

Post a Comment