Friday, September 21, 2018

NEW VIBES: HIJRAH

السلام عليكم


Hi semua baru ni je Ad berkesempatan nak menulis blog. Asyik busy je kan. Al maklumlah banyak benda yang berlaku. Ad pun dah nak masuk sem 5 dan masih bekerja freelancer. Ad rasa Ad yang tidak sesuai bekerja dengan orang. Ad dah rasa pengalaman kerja kat kerajaan, swasta, shopping complex, rata-rata tak sesuai dengan jiwa Ad. Nampaknya Ad mungkin ditakdirkan kerja sendiri jelah meskipun bertatih tatih kerana kurangnya pengetahuan. Pengalaman itu ada tapi ilmu yang tidak cukup. Banyak peristiwa menarik yang Ad lalui. Ad boleh katakan tahun ini merupakan tahun yang banyak memberi perubahan dalam hidup Ad.

Betul orang cakap masuk umur 20 an inilah kau akan hadapi segalanya, masalah demi masalah dalam membangunkan diri kau. Tidak kurang juga Ad. Dan pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmah. Hikmah yang menyuruh untuk kita berfikir sejenak, merenung, dan muhasabah diri kita semula. Dulu nampak sangat kebudak-budakan dan ketidak matangan Ad, namun beransur ansur ia mengajar Ad lebih berfikir untuk diri, keluarga dan rakan-rakan.

Ad dalam enam bulan lepas kerja sendiri, so Ad menjadi seorag yang sangat berjimat cermat. Sampaikan Ad pun tak percaya yang Ad ni boleh jugak jimat. Tulah kan dulu orang tua pesan simpan duit, la ni dah tak makan gaji, baru tau apa itu simpan duit. Apa itu tanggungawab, bayar yuran belajar, bayar internet sendiri, bagi parents duit, simpan untuk travel dan balik kampung, bayar hutang kawan, bayar expenses kerja. Itu just expenses Ad, tak masuk sewa rumah, bil air api elektrik, makan sehari semalam sebab masih stay dengan family. Seriuslah kalau sebab tiada aim tu, mungkin Ad tak akan menjadi seorang penjimat gila, dan kalau tiada orang yang bagi nasihat makan cucuk dalam mungkin Ad masih membazir kut. Rasa menyesal jugak.

Tapi bagi Ad itulah pelajaran. Ad pun dah masuk umur kahwin kan. Ad seorang yang tidak suka menyusahkan orang, tak suka berhutang, tidak suka orang paksa sesuatu yang Ad tak minat nak buat, sebab bila dipaksa memang tak akan jadi kecuali kalau benda itu ada kaitan dengan syariat Islam. Maksudnya, benda yang wajib bila ditinggalkan dapat dosa. Itu yang Ad pantang. Bagi Ad, bila bab agama itu yang perlu ditegaskan sebab sekarang ni ramai yang ambil mudah pasal agama. Tengok sajalah sekeliling kita.

Jadi, dalam permulaan proses untuk berhijrah.
Kita wajib tuntut ILMU.
ILMU asas perlu mantap dan ditambah dengan yang tambahan lain.

Ad jenis yang suka buat kajian tentang agama, Ad suka sejarah Islam, Ad sejenis yang suka cari dan cari akan sesuatu ILMU sekiranya Ad ada persoalan yang Ad tak faham. Ad tak suka berada dalam ketidaktahuan akan sesuatu perkara. Ad tak suka kalau bab agama orang pandang remeh. Walaupun orang sekeliling ambik tak hirau, kita sebagai manusia yang berfikir dan berakal tidak boleh jadi orang yang tak nak ambil tau bab HALAL dan HARAM. Meskipun makin tak ramai ikut ajaran ISLAM yang sebenar, kita tak boleh ikut apa yang jelas-jelas dinyatakan HARAM dan bercanggah dengan syariat.

Jadi, bagi membuka mata orang akan sikap mereka tidak bersesuaian dengan adab dan AKHLAK mukmin yang sepatutnya diamalkan, Ad perlu lakukan pengHIJRAHAN. Dan proses Hijrah ini bermula dari kita dengan menjaga AURAT. Ad dulu seorang yang kurang pengertian dalam aurat sedangkan Ad memang dah pakai stongan(STOKING TANGAN) sejak sekolah menengah lagi. Yang kurangnya , pakaian Ad tidak menampakkan ciri seorang Muslimah. Alhamdulillah, Allah hantarkan makhluk untuk tegur Ad, cara Ad berpakaian tidak selari apa yang telah digariskan dan ditetapkan dalam Islam. Itulah penangan yang paling berkesan yang Ad terima darinya.

Memang Ad akui, susah, siapa dia nak nasihatkan orang. Sebab manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Peranan kita disini setelah dapat teguran ialah dengan memohon petunjuk pada Allah dengan berdoa. Minta diberi kefahaman, Ad mula beransur-ansur pelajari apa yang sepatutnya Ad buat dan lakukan sekiranya hendak betul berubah menjadi Muslimah yang sebenar-benarnya, Ad banyak buat research tak kira dari sumber apa GOOGLE, BUKU MOTIVASI, VIDEO CERAMAH, dan yang paling baik ialah AL QURAN serta HADIS nabi.

Ad banyak muhasabah diri sampai sekarang.
Syukran jazilan bagi mereka yang terus mendoakan Ad, menasihati, menegur dan sentiasa bersama Ad sama ada yang dekat atau jauh, yang tahu atau yang tidak tahu.
Sesungguhnya, HIJRAH bukanlah suatu yang mudah, tapi jika kita usaha dan mengharapkan sepenuhnya pada ALLAH SWT, Dia pasti menolong kita.
Nikmat berburu syurga penuh dengan ranjau dan rintangan, hadapilah ia dengan hati yang kental berbekalkan ilmu dan keberanian dan bertawakallah kepada yang Esa.

Alhamdulillah.
Apa yang perlu Ad lakukan terus memperbaiki diri dan ISTIQAMAH.
Semoga penghijrahan ini dapat membantu, membuka mata umat kita yang masih banyak lalai.



فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
(QS Ar-Rahmaan: 13)


Doakan Ad ya. Moga kita jadi Umat Islam yang hebat, berilmu dan tabah menjalani hidup ini. Aminnn.
Yang penting jangan lupa baca Al Quran ya!

No comments:

Post a Comment