Tuesday, October 6, 2015

My uni life

ASSALAMUALAIKUM :)

Pejam celik, pejam celik dah sebulan aku belajar di UM. Sungguh cepat masa berlalu. Aku disini menghadapi hari-hariku dengan pelbagai episod serta warna yang menyinari. Peluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan menimba ilmu di sebuah u terkemuka ini membolehkanku mengenali dengan lebih dekat lagi semua karakter manusia di muka bumi. Hari-hariku penuh dengan kesibukan, melangkah kesana dan kesini dalam menjalani hidup sebagai penimba ilmu. Masa berlalu pantas sekali. Betul kata orang, alam persekolahan berbeza sekali dengan alam universiti. Disini kehidupanya bebas sekali. Jadi diri sendiri yang perlu sentiasa ingat supaya tidak tersasar jauh. Perlu pandai memilih yang baik dan buruk. Perlu tau urus masa. Perlu pandai bahagikan waktu belajar dengan aktiviti sampingan. Diri sendiri perlu kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Perlu pandai berjimat apatahlagi sebagai seorang pelajar. Cabaran ada di mana-mana sahaja. Adab perlu dijaga sentiasa. Semuanya perlukan kekuatan. Semuanya perlukan pengorbanan dan kesabaran. Dari mana kita nak dapatkan kekuatan? Daripada permohonan kita kepadaNya sewaktu solat. Disitulah kita akan diberi jalan serta petunjuk dari Ilahi. Daripada ayat al Quran yang kita baca, kita akan temui rahsia yang kita tidak sangka. Jika talian kita padaNya tak putus malah berterusan insyaAllah kita akan dipertemukan dengan jalan penyelesaian. Sekerap mana kita mengabdikan diri kita padaNya, sekerap itulah yang kita akan terima nikmat yang tak terhingga. Tanya pada hati apa yang kita perlu dalam hidup? Kenapa Allah masih gerakkan tubuh kita, kenapa kita masih boleh melihat, kenapa kita masih boleh berjalan, kenapa kita masih boleh mendengar, kenapa? Walaupun kita masih lagi melakukan maksiat tapi kenapa kita masih diberi nafas? Boleh saja Dia mencabut nyawa kita, namun kenapa kita boleh bergelak ketawa lagi sedangkan kita tau bahawa nyawa kita Allah yang memegangnya. Ini kerana Allah masih sayangkan kita. Allah bagi peluang untuk kita bertaubat. Kita boleh berubah jadi yang terbaik. Tetapkan niat dalam diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.

No comments:

Post a Comment